BANTUANFasa 2MySTR

Bantuan MySTR Fasa 2 : Senarai Penerima & Jadual Bayaran

Bantuan MySTR Fasa 2 akan dibayar tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan kadar jumlah yang ditetapkan. Seperti sedia maklum, inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini dibawah peruntukan Belanjawan 2024.

BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 2

Bagi pengetahuan umum, pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama (1) telahpun selesai disalurkan pada penghujung bulan Januari lalu. Bayaran bagi fasa kedua (berikutnya) akan mula diagihkan secara berperingkat pada bulan April 2024.

Dijangkakan kerajaan akan menyalurkan pemberian bantuan tunai STR fasa 2 pada awal bulan April bagi persiapan menyambut hari raya aidilfitri. Kepada yang terlepas pandang, jumlah bayaran STR pada tahun ini telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 pada tahun lalu.

SENARAI PENERIMA BANTUAN MYSTR FASA 2

Berdasarkan sebelum ini, kategori isi rumah, belia bujang dan warga emas tiada pasangan akan menerima bayaran bantuan tunai. Kadar pemberian adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak sebuah keluarga.

Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini disalurkan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank. Manakala penerima yang tiada akaun bank boleh tebus tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Berikut adalah jadual yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan bagi pembayaran berperingkat STR sesi tahun 2024 seperti di bawah :

  • Pemberian STR Fasa pertama : Bulan Februari (Telah diawalkan pada 29 Januari 2024)
  • Pemberian STR Fasa kedua : Bulan April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pemberian STR Fasa ketiga : Bulan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pemberian STR Fasa keempat : Bulan November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS & DAFTAR BAHARU MYSTR

Kepada penerima sedia ada bantuan, semakan status boleh dilakukan dan bagi mereka yang ingin mengemukakan perdaftaran baharu juga boleh kemukakan. Kemaskini maklumat dan permohonan masih dibuka, sila layari laman portal rasmi bantuan – MySTR 2024

Segala maklumat terkini berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button