BANTUANSTRSTR Tambahan

Bantuan Tambahan STR Berjumlah RM600

Bantuan tambahan STR berjumlah RM600 adalah merupakan insiatif tambahan baru diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk makluman, pemberian bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) diberikan jumlah maksimum sebanyak RM2,500 untuk kategori isi rumah.

BANTUAN TAMBAHAN STR RM600

Baru-baru ini, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawan bantuan tambahan akan diberikan kepada golongan isi rumah (keluarga) yang berstatus miskin tegar. Inisiatif ini berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

Kepada penerima STR sedia ada yang merupakan kategori isi rumah golongan keluarga miskin mengikut data e-kasih layak menerima bantuan tambahan ini. Kepada yang layak akan menerima jumlah bantuan sebanyak RM3,100 pada tahun ini secara berperingkat (fasa).

JADUAL BAYARAN FASA BERIKUTNYA

Untuk sedia maklum, bermula 17 Januari 2023 bayaran STR fasa 1 mula disalurkan sehingga selesai. Sekarang ramai yang menantikan pembayaran fasa berikutnya. Berita baik pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR fasa 2 akan mula diberikan sebelum raya aidilfitri.

Kerajaan akan mempercepatkan pengagihan bayaran seawal bulan April atau pertengahan. Dijangkakan sebelum 22 April bayaran akan selesai diberikan secara beperingkat bagi membantu penerima yang purata terdiri daripada golongan B40 bagi membuat persediaan sambutan perayaan.

PROSES BAYARAN STR

Seperti fasa sebelum ini, bayaran STR fasa 2 akan diberikan secara 2 kaedah iaitu kredit terus ke akaun bank penerima dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

MINGGU AKHIR KEMASKINI STR

Untuk yang terlepas pandang, sepanjang bulan ini iaitu dari 1 sehingga 31 Mac 2023. Pihak kerajaan telah membuka pendaftaran permohonan baru dan kemaskini maklumat peribadi.

Kepada mereka yang masih belum kemaskini dan pemohon baru, sila lakukan segera kerana selepas ini tiada lagi permohonan baru akan dibuka. Untuk kemaskini sila layari portal rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini bukan sahaja bantuan tambahan STR, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023. Antaranya adalah bantuan lesen memandu, bantuan aidilfitri, bantuan e-kredit belia rahmah dan banyak lagi.

Kepada anda yang terlepas padang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button