BANTUANYP

Program Bantuan Kewangan YP RM 300 – RM 1,000 Secara One-off

Pada tahun 2022, terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan pakej bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu mereka yang memerlukan terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Hal ini kerana ramai keluarga Malaysia yang masih terkesan disebabkan faktor pendemik yang melanda negara ini pada 2-3 tahun sebelum ini.

Untuk sedia maklum, ramai dalam kalangan masyarakat yang terjejas dalam bentuk kewangan atas pelbagai faktor. Salah satu pakej bantuan insentif kewangan yang masih dilaksanakan pada tahun ini ialah Bantuan Sara Diri dan Kecemasan dari YP. Ramai yang telepas pandang berkenaan bantuan ini, di halaman bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan bantuan.

Jenis Dan Kadar Pakej Bantuan

  • Pakej bantuan Kecemasan : Bantuan sebanyak RM 300 sehingga RM 1,000 setahun (Mengikut musibah / bencana)
  • Pakej bantuan Sara Diri : Bantuan Sebanyak RM 700 setahun.

Cara Mohon 

Kepada anda yang layak dan menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara online. Sila layari Portal Rasmi YP – DI SINI

Syarat Kelayakan Bantuan

  • Pemohon berstatus kelahiran Negeri Perak
  • Pemohon dan Ibu bapa lahir di luar dari negeri Perak telah bermaustatin di negeri perak 10 tahun dan keatas
  • Pemohon atau ibu bapa lahir di negeri Perak
  • Pemohon dan ibu bapa yang lahir di negeri perak tetapi alamat di luar negeri perak dan telah bermaustatin di negeri perak lebih daripada 10 tahun
  • Pendapat isi rumah keluarga RM 5,000 dan kebawah
  • Bantuan ini diutamakan kepada mahasiswa yang masih menetap di negeri Perak.

Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa permohonan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan ini, anda boleh terus ke Laman Rasmi YP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan negeri ini, terdpat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan dari pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Lain. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button