BANTUANi-Fitri

Bantuan Kewangan i-Fitri 2022 Sebanyak RM 400 Untuk Golongan B40

Untuk makluman umum, pihak Kerajaan Negeri telah mengumumkan Bantuan dana berbentuk kewangan i-Fitri sempena menyambut perayaan hari raya aidilfitri tahun 2022 kepada golongan isi rumah yang terjejas dan memerlukan dalam kalangan B40 dan sebahagian kalangan M40. Bantuan berbentuk kewangan i-Fitri ini turut memberi manfaat kepada kira-kira 115,000 bakal menerima bantuan ini.

Bantuan ini telah diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu tahun 2022 yang bertemakan ”Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua” di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada tanggal 15 November 2021.

Tujuan utama kerajaan negeri menyalurkan bantuan ini bagi membantu dari segi kewangan ketika menyambut dan meraikan perayaan aidilfitri pada tahun ini setelah 2 tahun menyambut dalam keadaan keterbatasan kerana pendemik Covid 19.

Panduan Permohonan

Jika anda ingin membuat permohonan, sila layari portal rasmi iBantuan Terengganu – DI SINI

Untuk makluman, permohonan dibuka pada tarikh 22 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022.

Syarat Kelayakan
  • Pendapatan isi rumah semasa bulanan RM 2,500 dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah semasa bulanan RM 2,501 – RM 5,000
  • Merupakan rakyat terengganu yang menetap di negeri terengganu
  • Telah daftar dalam sistem profil Rakyat Terengganu 2022 (PRT20)

Kadar Bantuan

Kadar bantuan i-Fitri yang akan diberikan kepada isi rumah yang layak seperti berikut :

  • Golongan B40 : RM 400
  • Golongan M40 : RM 250
Bantuan Tunai (One-off)
  • Ibu Tunggal : RM 150
  • Isteri Ketua Rumah yang Berdaftar (eKasih) : RM 150
  • Bujang : RM 150
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) : RM 150
  • Mahasiswa Isi Rumah : RM 150

Tarikh Bayaran i-Fitri

Bayaran bantuan i-Fitri akan mula diagihkan pada : 17 April 2022

Kaedah Pembayaran Bantuan

Kepada penerima yang layak akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mengikut tempat masing-masing.

Maklumat Lanjut

Selain bantuan i-Fitri dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri lain dan Kerajaan pusat khusus berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang atau ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button