Senarai bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia jika berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan 11 jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat yang kurang bernasib baik.
SENARAI BANTUAN KEBAJIKAN
Untuk makluman, pihak kerajaan melalui agensi JKM telah melancarkan 11 jenis bantuan yang boleh dimohon melalui Skim Kebajikan Masyarakat 2023. Tujuan utama perlaksanaan bantuan-bantuan ini ditawarkan kepada golongan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa dan sempurna.
Atas dasar keprihatinan dan secara prinsipnya, pemberian bantuan yang ditawarkan kepada rakyat ini adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kehidupan dalam komuniti. 11 jenis inisiatif bantuan yang disediakan yang boleh dimohon adalah seperti dibawah.
11 JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIMOHON
Berikut adalah senarai skim bantuan kebajikan yang diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak seperti dibawah :
- Bantuan Kanak-kanak (BKK)
- Bantuan anak pelihara (BAP)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan warga emas (BWE)
- Bantuan latihan perantis (BLP)
- Bantuan geran pelancaran (GP)
- Elaun pekerja cacat (EPC)
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja (BTB)
- Pesakit kronik terlantar (BPT)
- Tabung bantuan segera (TBS)
- Bantuan alat tiruan / alat sokongan (BAT)
KADAR BANTUAN KEBAJIKAN
Untuk pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan adalah berbeza bergantung kelayakan permohonan dan kategori bantuan. Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran dari RM150 sehingga RM1,000 sebulan, bergantung permohonan mengikut kategori bantuan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Kriteria dan syarat kelayakan khusus yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Pemohon yang menepati terma dan syarat mengikuti kategori bantuan yang ingin dimohon
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin per kapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
- Golongan yang berkeperluan layak dipertimbangkan
PANDUAN PERMOHONAN
Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan. Panduan permohonan dan borang boleh dimuat turun di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada senarai bantuan kebajikan, terdapat bantuan lain yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.