BANTUANJKM

Semakan Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan Sehingga RM 1,000 Bagi Bulan Mac 2022

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM.

Pengenalan

Pihak Kerajaan melalui JKM diwujudkan bagi membantu dan menjaga kebajikan masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah. JKM mengutamakan 5 faktor utama iaitu Pemulihan, Perlindungan, Pencegahan, Pengintegrasian seta Pembangunan.

Pemberian bantuan dari Pihak JKM kepada golongan yang telibat seperti Kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas.

Kadar Bantuan

Kepada individu atau golongan yang layak akan menerima pembayaran bantuan bermula dari RM 150 sehingga maksimum RM 1,000. Jumlah pembayaran bergantung pada kelayakan permohonan.

Senarai Jenis Bantuan Yang Disediakan

Di bawah adalah senarai jenis bantuan yang telah disediakan oleh pihak JKM bagi tahun 2022 :

  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Kanak Kanak
  • Bantuan (OKU) yang tiada upaya untuk bekerja
  • Bantuan penjagaan OKU terlantar
  • Bantuan Anak Pelihara/ Jagaan
  • Bantuan Perantis
  • Bantuan Alat Sokongan
  • Bantuan Geran Pelancaran
  • Tabung Bantuan Segera
  • Pekerja cacar- Elaun

Panduan Cara Permohonan

Kepada anda yang berminat untuk membuat permohonan, di bawah telah disediakan panduan untuk membuat sebarang permohonan :

Sila Membuat Permohonan secara atas talian (Online)

  • Sila layari Portal Rasmi JKM
  • Kemudian tekan butang ”Daftar permohonan dalam Talian”
  • Sila baca teliti dan faham butiran yang perlu untuk diisi
  • Sila isi dengan selengkapnya kedua borang – Bahagian A dan B
  • Selepas isi maklumat yang diminta, sila buat semakan kali terakhir
  • Akhir sekali, sila tekan ”Keputusan”

Sila Hadir ke Kanter/ Pejabat JKM

  • Kepada pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana cawangan kaunter atau pejabat JKM
  • Peringatan, anda perlu hadir mengikut daerah yang anda sudah isi di dalam borang permohonan
  • Sila hadir dalam tempoh 2 minggu (14 hari) daripada tarikh permohonan atas talian
  • sediakan borang permohonan pendaftaran semasa hadir
  • Sila bawa bersama dokumen peribadi seperti salinan IC dan penyata pendapatan semasa

Tarikh Pembayaran

Mengikut dari sumber yang diperolehi, bayaran pada bulan Februari 2022 telah diagihkan bermula 9 dan 10 Februari 2022. Untuk bulan Mac pula, pembayaran akan bermula pada tanggal 9 dan 10 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Kepada nada yang terlepas pandang atau ingi mengetahui lebih terperinci berkenaan senarai bantuan dari pihak Kerajaan atau Yayasan khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utam yang telah disediakan untuk anda membuat semakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button