KerajaanWang Tidak Dituntut

Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Bulan April Ini

Semak wang tidak dituntut (WTD) boleh dilakukan secara online melalui portal eGumis oleh orang awam pada bulan April 2023. Untuk makluman, orang awam boleh membuat semakan sama ada mereka mempunyai WTD yang boleh dituntut atau tidak.

SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)

Untuk sedia maklum, pihak Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah menubuhkan sebuah portal yang dikenali sebagai eGUMIS. Laman rasmi tersebut bagi memudahkan orang ramai membuat semak wang tidak dituntut (WTD) sekiranya ada.

Laporan akhbar pada bulan April 2023 telah memaklumkan bahawa jumlah baki wang yang tidak dituntut di JANM adalah kira-kira RM11 bilion sehingga hujung Mac lalu. Ini bermakna masih ramai yang masih belum membuat semakan atau tidak mengetahui kewujudan kemudahan semakan ini.

APAKAH ITU WANG TIDAK DITUNTUT?

Ramai yang terlepas pandang berkenaan perkara ini, wang tidak dituntut boleh datang dari pelbagai sumber seperti berikut :

  • Wang di dalam kredit sesebuah akaun yang telah lama tidak dikendalikan oleh individu dengan apa cara sekalipun dalam tempoh lebih tujuh (7) tahun. Sebagai contoh duit dari akaun simpanan, semasa atau simpanan tetap seseorang.
  • Duit yang perlu dibayar kepada individu dari sisi undang-undang tetapi tidak dibayar dalam tempoh satu masa tidak kurang dari 1 tahun. Sebagai contoh adalah upahan, gaji, bonus, dividen simpanan tetap yang sudah matang dan sebagainya.
  • Wang dalam kredit sesuatu akaun berbentuk dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa perkara urus niaga dalam tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Sebagai contoh dibawah kategori akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang yang berbaki kredit.

Nota : Semakan wang tidak dituntut ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, lebih diutamakan kepada individu yang mempunyai sumber seperti diatas. Sekiranya anda mempunyai WTD, permohonan mendapatkan wang tersebut boleh dilakukan secara online.

PANDUAN SEMAKAN WTD SECARA ONLINE

Semakan WTD boleh dilakukan oleh orang awam, panduan lengkap telah disediakan. Sila layari portal rasmi eGUMIS ANM – DI SINI

Untuk makluman, buat masa ini hanya boleh membuat semakan carian rekod sama ada mempunyai WTD atau tidak. Bagi yang ingin mengemukakan permohonan, 25 April baru boleh membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia. Sila semak senarai inisiatif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button