eGumisWang Tidak Dituntut

E-GUMIS : Cara Semak Dan Dapatkan Wang Tidak Dituntut

Bagi sedia maklum kepada umum, mengikut statistik data, masih ramai yang tahu berkenaan tentang perkara berkenaan Wang Tidak Dituntut atau lebih dikenali WTD melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia – Egumis tahun 2022.

Untuk anda yang mana mempunyai WTD boleh membuat semakan dan tutntutan di Jabatan Akauntan Negara. Di halaman ini telah disediakan panduan cara untuk membuat tuntutan WTD untuk sebagai rujukan anda.

Wang Tidak Dituntut (WTD)

Program WTD adalah merupakan wang yang perlu dibayar dari sisi undang-undang di dalam negara kepada pemilik yang sepatutnya menerima dalam masa tempoh tertentu yang mana sudah ditetapkan di bawah akta WTD 1965.

Panduan Cara Membuat Semakan Dan Tuntutan WTD

Di bawah telah disediakan panduan mudah untuk anda membuat semakan dan tuntutan WTD secara online seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi E-GUMIS – DI SINI
  2. Kemudian, sila log masuk dan tekan pada “Carian Wang Tidak Dituntut”
  3. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda
  4. Tekan pada rekod WTD dan teruskn dengan permohonan semakan anda
  5. Sila lengkapakan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan sehingga keluar “Terma dan syarat” egumis
  6. Klik hantar dan selesai. Mudah kan?

Peringatan : Proses bayaran WTD ini hanya akan diberikan setelah dokumen lengkap anda telah disahkan oleh pihak berwajib.

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan melalui laman rasmi EGUMIS yang telah disediakan diatas dengan cara tekan butang “Senarai permohonan” kemudian anda rujuk pada ruangan Status.

Sumber WTD Yang Boleh Anda Tuntut

Wang WTD boleh datang dari pelbagai sumber seperti dibawah :

  • Upahan, gaji, komisyen, bonus atau wang berkaitan yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepada para pekerja atau kakitangan
  • Draf bank, cashier order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dalam tempoh sah laku telah luput
  • Dividen
  • Wang simpanan yang telah matang
  • Segala keuntungan perniagaan dari hasil perkongsian yang sah dan diistiharkan untuk dibahagi
  • Cagaran atau deposit apabila tujuan jumlah wang yang dikutip telah tercapai
  • Penghutang yang berbagai yang berbaki kredit

Peringatan tambahan : Tidak semua duit berkenaan sampai ke tangan pemilik dan disebabkan itu ia kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara yang bertindak sebagai pemegang amanah yang mana pemilik boleh membuat tuntutan WTD ini.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu golongan keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button