10k DiluluskanKWSP

Maklumat Terbaru Status Pengeluaran Khas KWSP

Untuk makluman umum, pihak KWSP telah mengumumkan bahawa semakan permohonan Pengeluaran Khas KWSP telah dibuka bermula 9 April 2022. Kepada ahli KWSP sudah boleh membuat sebarang semakan berkenaan permohonan pengeluaran khas tersebut.

Baru-baru ini, terdapat mejoriti ahli KWSP telah membuat semakan dan telah menerima paparan status “Permohonan diterima” terdapat juga sebilangan ahli yang menerima paparan berstatus “Permohonan tiada dalam rekod”

Mengenai status berkenaan, pihak KWSP telah mengeluarkan penerangan berkenaan maksud sebenar status permohonan yang diterima dan permohonan yang tiada di dalam rekod.

Di bawah telah disediakan penerangan maksud status permohonan yang perlu anda ketahui seperti berikut :

Status Permohonan telah diterima
  • Pihak KWSP telah menerangkan maksud status permohonan telah diterima adalah permohonan anda telah pun diterima dan kini sedang disemak untuk diproses secara berperingkat.
Status Permohonan tiada di dalam rekod
  • Menerusi penjelasan pihak KWSP, jika status permohonan anda tiada dalam rekod. Pemohon harus membuat semakan semula dengan tujuan memastikan maklumat yang diberikan adalah sama seperti dengan maklumat semasa permohonan dilakukan.
  • Jika semakan semula telah dibuat dan perkara ini terjadi dengan hal yang sama, ahli perlu menghubungi pihak pengeluaran khas KWSP ini di talian khas hotline 03 8922 4848 untuk maklumat lanjut.

Nota : Kepada ahli yang menerima paparan status “Permohonan anda telah diterima” , anda akan menerima pembayaran pengeluaran khas KWSP mulai 20 April 2022.

Bila boleh membuat semakan status permohonan ?

Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, semakan status permohonan pengeluaran khas KWSP ini boleh anda buat bermula pada tarikh 9 April 2022.

Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Bagi pengetahuan umum, pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP ini akan dilaksanakan dengan cara dibahagikan kepada 2 seperti berikut :

  1. Kredit ke dalam akaun Bank penerima – Bayaran untuk pengeluaran khas KWSP ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun ahli secara automatik. Pihak KWSP telah memperingatkan supaya ahli memasukkan nomber akaun yang aktif untuk memudahkan proses pembayaran.
  2. Arahan Pembayaran – Jika ahli tidak mempunyai akaun Bank, ahli dibenarkan untuk memilih kaedah arahan bayaran untuk pengeluaran khas KWSP ini.

Akaun yang boleh digunakan

Pengeluaran khas kWSP maksimum sehingga RM 10,000 ini adalah melibatkan akaun simpanan 2 terlebih dahulu, jika baki simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan diakses. Anda turut tidak dibenarkan memilih jenis akaun bagi membuat pengeluaran.

Maklumat Lanjut

Selain dari pengeluaran khas KWSP ini, terdapat pelbagai program telah dilancarkan oleh pihak KWSP seperti i-sayang dan sebagainya. Jika anda ingin semakan berkenaan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak KWSP yang berkelayakan untuk anda, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button