BANTUANMySTRMySTR 2024SumbanganTunaiRahmah

MySTR 2024 : Kemaskini & Pendaftaran Baharu Kini Dibuka

MySTR 2024 : Kemaskini & Pendaftaran baharu ini dibuka dan boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mendapatkan bayaran tahun hadapan. Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program pemberian STR bagi tahun 2024.

MYSTR 2024 : KEMASKINI & PENDAFTARAN BAHARU

Program bantuan khas Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR telah diperkenalkan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif ini melibatkan mejoriti rakyat yang terdiri daripada kategori bujang, warga emas dan isi rumah (B40 & M40).

Bagi pengagihan pembayaran sesi tahun ini telahpun selesai dibayar kepada seluruh penerima yang terlibat. Kini kerajaan telah memaklumkan berkenaan isi bagi maklumat STR tahun hadapan.

Bermula 1 November 2023, pendaftaran baharu dan pengemaskinian Sumbangan Tunai Rahmah telahpun dibuka. Kepada penerima sedia ada boleh kemaskini maklumat terkini sekiranya ada berlaku sebarang perubahan maklumat.

Untuk bukan penerima, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat yang disediakan dalam program STR bagi mendapatkan bayaran bantuan tahun 2024. Anda boleh kemukakan permohonan baharu secara online bermula hari ini.

JUMLAH KADAR BAYARAN MYSTR 2024

Untuk pengetahuan umum, kerajaan perpaduan telah menaikkan kadar jumlah STR daripada RM3,100 kepada RM3,700 bagi tahun 2024. Jumlah bayaran keseluruhan adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada anak : RM1,000
  • 1-2 anak : RM1,500
  • 3-4 anak : RM2,000
  • Lebih 5 anak : RM2,500

ISI RUMAH (RM5,000 SEBULAN)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM750
  • 3-4 anak : RM1,000
  • Lebih 5 anak : RM1,250

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas : RM600
  • Bujang : RM350

Info : Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dinaikkan kadar kepada RM1,200 berbanding tahun ini RM600.

JADUAL PEMBERIAN MYSTR 2024 MENGIKUT FASA

Sama seperti tahun ini, pemberian STR tahun depan akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa pembayaran seperti di bawah.

  • Pembayaran STR fasa 1 – Bermula Februari 2024
  • Pembayaran STR fasa 2 – Bermula April 2024
  • Pembayaran STR fasa 3 – Bermula Ogos 2024
  • Pembayaran STR fasa 4 – Bermula November 2024

PANDUAN PENDAFTARAN BAHARU & KEMASKINI MYSTR

Untuk mendapatkan manfaat yang disediakan pada tahun hadapan, anda boleh kemaskini maklumat dan daftar baru sekarang. Panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button