BANTUANe-Dompet

Program Bantuan EDompet Berjumlah RM200 Dilaksanakan Pada Bulan Ini

Program bantuan edompet bernilai RM200 akan dilaksanakan pada bulan ini iaitu Jun 2023. Untuk sedia maklum, Perdana Menteri baru-baru ini telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas edompet akan dilakukan pada bulan ini.

PROGRAM BANTUAN EDOMPET 2023

Untuk sedia maklum pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan inisiatif khas berbentuk bantuan edompet. Pada tahun ini bantuan khas ini telah dijenama semula kepada Kredit e-tunai belia rahmah.

Perlaksanaan program khas ini akan memberi manfaat kepada 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia dan mahasiswa. Apa yang menarik kadar bantuan yang ditawarkan telah dinaikkan pada tahun ini berjumlah RM200 berbanding tahun lalu RM150.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EDOMPET

Berikut adalah senarai kriteria kelayakan penerima bantuan edompet RM200 bulan Jun seperti di bawah :

  • Golongan belia berumur 18 – 20 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Diperluaskan kepada kumpulan pelajar mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur

Nota : Secara rasmi perlaksanaan program khas ini yang diperkenalkan pada BELANJAWAN 2023 akan dilakukan pada bulan ini. Cara permohonan akan dimaklumkan sebelum perlaksanaan bantuan edompet ini.

Kaedah cara tebus kredit percuma edompet ini dijangka sama seperti tahun lalu dimana mahasisawa boleh claim kredit tersebut melalui aplikasi pilihan masing-masing. Seperti Bigpay, Grabpay, Shopeepay dan Touch N Go ewallet.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan pada tahun ini bagi membantu meringankan kos beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button