BANTUANiSejahtera

Program Bantuan iSejahtera : Panduan Daftar Permohonan

Program Bantuan iSejahtera adalah merupakan inisiatif khas yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu mereka yang memerlukan. Untuk makluman, terdapat beberapa jenis insentif tambahan yang disediakan dan boleh dimohon.

PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA 2024

Seperti sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan kepada golongan sasar dan yang kurang berkemampuan. Salah satunya menerusi program bantuan-bantuan dalam skim iSejahtera.

Tujuan utama perlaksanaan senarai bantuan dalam program iSejahtera ini adalah merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan kerajaan. Terdapat 2 jenis bantuan yang ada disediakan dalam program isejahtera iaitu secara setahun sekali dan sekaligus (One-off).

SENARAI JENIS DALAM PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA

Untuk pengetahuan umum, terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohan yang menawarkan jumlah bantuan pada kadar RM100 sehingga RM1,000 mengikut kategori. Dibawah disedikan senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon selagi menepati syarat.

SENARAI BANTUAN SECARA SEKALIGUS (ONE-OFF)

  • Insentif khairat kematian : RM1,000
  • Program anak emas : RM200

BANTUAN SECARA SEKALI SETAHUN

  • Program suri rumah : RM100
  • Bantuan ibu tunggal : RM100
  • Pemberian bantuan penghargaan warga emas : RM200
  • Program bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) : RM200

Info : Pelaksanaan program istimewa ini telah dilancarkan, tempoh permohonan dibuka adalah sepanjang tahun.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN ISEJAHTERA

Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi iSejahtera – DI SINI
  2. Kemudian tekan butang ‘Permohonan baharu dan semakan status’
  3. Pemohon perlu masukkan nombor kad pengenalan
  4. Semakan nombor kad pengenalan
  5. Sila daftar ID pengguna dan kata laluan
  6. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan
  7. Sila lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan
  8. Jika anda tidak memuat naik dokumen melalui sistem, individu perlu hadir dan menghantar salinan dokumen sokongan ke penjabat daerah/ pusat khidmat KADUN.

Setiap permohonan yang berjaya dan telah lulus, pembayaran bantuan akan dilakukan secara berperingkat. Kepada rakyat negeri Pulau Pinang yang memerlukan, anda disarankan memohon bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan ini, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri dalam Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button