BANTUANBKM

Jadual Pembayaran BKM 2022 Kategori Isi Rumah Mengikut Fasa

Pada tahun 2022, Pihak Kerajaan telah memperkenalkan satu insentif bantuan berbentuk kewangan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022. Bantuan ini telah diumumkan pada sidang Bajet 2022, bantuan BKM ini dilaksanakan bagi tujuan membantu meringankan pembelanjaan serta kos sara hidup rakyat terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah pada tahun ini.

Pengenalan BKM 2022

BKM adalah merupakan salah satu bantuan berbentuk kewangan yang menggantikan bantuan sebelum ini yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Pihak Kerajaan lebih mensasarkan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi kepada keluarga atau individu yang berpendapatan rendah bagi meringankan beban dan kos sara hidup.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini mempunyai 3 kategori iaitu :

  • Kategori Isi Rumah
  • Kategori Bujang
  • Kategori Warga Emas Bujang – Tiada pasangan
Jadual Tarikh Pembayaran BKM 2022 – Mengikut Fasa

Di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM 2022 mengikut fasa :

  • FASA 1 – Pembayaran pada bulan Mac 2022
  • FASA 2 – Pembayaran pada bulan Jun 2022
  • FASA 3 – Pembayaran pada bulan September 2022
  • FASA 4 – Pembayaran pada bulan Disember 2022

Untuk makluman, belum ada kenyataan tarikh rasmi pembayaran yang diumumkan oleh kerajaan, segala maklumat berkenaan BKM 2022 akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kadar Bayaran Kategori Isi Rumah – BKM 2022

Bagi kategori Isi Rumah, di bawah telah disediakan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori pendapatan :

Pendapatan bulanan Isi Rumah dari RM 2,501 hingga RM 5,000

  • Tidak mempunyai anak – RM 400
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 – RM 600
  • Mempunyai bilangan anak 3 dan ke atas – RM 800

Pendapatan Isi Rumah dari RM 2,500 dan ke bawah

  • Tidak mempunyai anak – RM 1,000
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 – RM 1,500
  • Mempunyai bilangan anak 3 dan ke atas – RM 2,000
Panduan Semakan Status BKM 2022

Jika anda ingin menyemak status BKM 2022 anda, di bawah telah disediakan cara membuat semakan :

  1. Sila layari Portal Rasmi BKM
  2. Kemudian tekan butang ‘Log Masuk’
  3. Sila masukan ID dan kata laluan pengguna
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’ dan status anda akan dinyatakan
Bantuan Kewangan Tambahan BKM 

Baru-baru ini, Pihak Kerajaan telah mengumumkan bayaran tambahan sebanyak RM 500 akan diberikan kepada penerima BKM yang layak. Contohnya, kategori isi rumah bilangan anak 3 orang akan menerima bayaran sebanyak RM 2,000 dan tambahan RM 500. Jumlah keseluruhan sebanyak RM 2,500 yang akan diterima. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan tambahan BKM RM 500, sila ke pautan yang telah disediakan – BANTUAN TAMBAHAN BKM

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button