FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa 1 Dibenarkan

Pengeluaran KWSP bersyarat fasa 1 kini dibenarkan kepada ahli yang terdesak dan memerlukan dalam bentuk pembiayaan peribadi. Untuk sedia maklum, pada tahun ini pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah kemudahan kepada pencarum.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FASA 1

Program kemudahan pengeluaran KWSP bersyarat melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) telah diperkenalkan pada tahun ini. Untuk makluman, program khas pembiayaan pengeluaran ini akan dilaksanakan secara 2 fasa.

Bermula April lalu, permohonan pembiayaan pengeluaran KWSP FSA2 fasa 1 telah mula dibuka. Kepada ahli KWSP yang menepati syarat kelayakan boleh membuat permohonan awal pembiayaan pengeluaran melalui institusi perbankan yang terlibat.

Menerusi program pengeluaran pembiayaan khas ini, pencarum perlu mengabil kira simpanan yang ada di dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

KRITERIA KELAYAKAN 

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi pembiayaan pengeluaran KWSP bersyarat fasa 1 FSA2 seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan ahli KWSP dan Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 55 tahun
  • Jumlah baki simpanan dalam akaun 2 KWSP minimum RM3,000
  • Permohonan boleh dibuat hanya sekali sahaja
  • Permohonan yang mendapat keputusan lulus tidak boleh dibatalkan
  • Jumlah maksimum pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP adalah sehingga RM50,000 secara one-off (Tertakluk pada amaun pembiayaan peribadi yang dapat diluluskan oleh institusi perbankan.

Info : Permohonan pembiayaan pengeluaran khas ini dibuka sepanjang tahun ini. Buat masa ini, institusi perbankan yang terlibat hanya Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli yang terdesak dan ingin membuat pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan, permohonan pengeluaran KWSP fsa2 boleh dilakukan. Langkah-langkap permohonan adalah seperti berikut :

Langkah pertama : Setiap pemohon perlu membuat semakan awal kelayakan simpanan akaun 2 KWSP.

Langkah kedua : Kemudian pemohon boleh membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui laman rasmi FSA2 KWSP. Terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank perlu diikuti pemohon.

Langkah ketiga : Perlu mengemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun dengan KWSP.

Kepada yang berminat, panduan lengkap permohonan secara online telah disediakan di laman rasmi FSA2 KWSP –¬†DI SINI

Nota tambahan : Kepada ahli yang tidak berkeperluan dinasihatkan tidak terlibat untuk permohonan pembiayaan peribadi melalui pengeluaran KWSP FSA2 ini. Hal ini kerana adalah lebih baik wang caruman dan simpanan KWSP digunakan pada hari persaraan nanti.

MAKLUMAT INFO LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button