BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

SARA : Bantuan Berjumlah RM600 Dimasukkan Dalam MyKad

SARA : Bantuan Berjumlah RM600 akan dimasukkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima STR yang berkelayakan. Untuk makluman, kerajaan bersetuju untuk memberikan inisiatif tambahan kepada rakyat Malaysia.

SARA : BANTUAN BERJUMLAH RM600

Pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi pemberian insentif tambahan berjumlah RM600 kepada rakyat. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menetap di negeri kawasan semenanjung Malaysia akan dikreditkan pada kadar RM100 sebulan. Pengkreditan ke dalam Mykad dilakukan bermula Julai sehingga Disember 2023.

Bagi mereka yang berada di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima insentif ini secara sekaligus berjumlah RM600 pada bulan Ogos. Di bawah dikongsikan berkenaan maklumat syarat kelayakan dan cara semak status SARA.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RM600

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan bagi pemberian bantuan khas SARA ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima sedia ada bantuan (Sumbangan Tunai Rahmah) 2023
  3. Kategori bujang, warga emas dan isi rumah
  4. Tersenarai dalam data maklumat ekasih tahun ini

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA

Setiap individu boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan berbentuk bantuan bakul makanan asas ini. Untuk semak status kelayakan, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

Sekiranya berkelayakan, semasa semakan status akan dipaparkan maklumat anda menyatakan layak untuk mendapatkan insentif ini pada skrin.

CARA GUNAKAN & BELANJAKAN

Kepada penerima yang layak, anda boleh membelanjakan insentif tersebut untuk membeli barangan keperluan asas dengan hanya menggunakan MyKad. Untuk sedia maklum, lebih 600 pasaraya dan kedai runcit di seluruh negara yang boleh digunakan seperti Giant, Econsave, Lotus, The Store, MyDin dan lain-lain yang berkaitan (Boleh semak di laman rasmi MyKasih).

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button