BANTUANFASA 3STR

Bantuan STR Fasa3 : Kategori Tidak Terima Bayaran

Bantuan STR fasa3 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang bakal dikreditkan pada minggu ketiga bulan ini. Untuk sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga akan dibayar secara berperingkat.

BANTUAN STR FASA3

Program bantuan tunai STR telah diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tahun lalu iaitu BKM 2022. Apa yang menarik adalah kadar bayaran yang ditawarkan pada tahun ini adalah sebanyak sehingga RM2,500 dan tambahan RM600 dalam bentuk bantuan bakul.

Seperti sedia maklum, bayaran bagi STR fasa pertama dan fasa kedua telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April lalu. Kini kerajaan dalam proses semakan kemaskini bagi pembayaran bantuan STR fasa3 yang dijadualkan mula diagihkan pada penghujung bulan ini (Jun 2023).

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN

Untuk makluman, pemberian STR fasa ketiga terdapat satu (1) kategori yang tidak akan terima bayaran pada bulan ini iaitu seperti berikut :

  • Kategori isi rumah
  • Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
  • Tiada tanggungan anak

Selain daripada kategori ini akan menerima bayaran daripada RM150 sehingga RM800. Jumlah adalah bergantung kepada kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG (21- 59 TAHUN)

  • RM150 seorang

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 DAN KE BAWAH)

  • Tiada tanggungan anak : RM300
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM400
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM600
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000)

  • Tiada tanggungan anak : RM 0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM150
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM200
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM250

STR TAMBAHAN (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

  • Ditawarkan kepada kategori isi rumah miskin tegar melalui data ekasih, bantuan tambahan RM600 diberikan secara berperingkat melalui 6 fasa.

SEMAKAN STATUS BAYARAN 

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru pada bulan Mac lalu, kini anda boleh membuat semakan status bayaran STR secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya dalam bentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelaykan untuk kalian dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button