BANTUANFASA 3STR

STR Fasa Ketiga : Jadual & Jumlah Bayaran

STR fasa ketiga (3) adalah bayaran bantuan tunai yang akan diberikan selepas ini, di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan jadual dan jumlah bayaran fasa berikutnya. Untuk makluman, bermula 5 April lalu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa kedua telah disalurkan.

STR FASA KETIGA

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas STR berbentuk bantuan kewangan kini akan memasukan fasa ketiga yang dijadualkan pada bulan Julai. Ada beberapa maklumat yang perlu anda ketahui berkenaan bayaran STR fasa berikutnya nanti.

Bayaran STR fasa ketiga anda membabitkan kategori kelayakan untuk bujang, warga emas dan isi rumah dengan jumlah yang berbeza. Manakala bagi perndaftaran permohonan baru STR yang dibuka pada bulan Mac lalu turut akan menerima bayaran pada fasa 3 nanti.

JUMLAH BAYARAN STR FASA KETIGA

Dibawah telah disediakan kadar jumlah bayaran STR fasa 3 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI BUJANG

  • RM150

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KE BAWAH)

  • RM300 untuk isi rumah tiada tanggungan anak
  • RM400 untuk isi rumah mempunyai 1-2 orang tanggungan anak
  • RM600 untuk isi rumah mempunyai 3-4 orang tanggungan anak
  • RM800 untuk isi rumah mempunyai 5 dan lebih orang tanggungan anak

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran untuk isi rumah tiada tanggungan anak
  • RM150 untuk isi rumah mempunyai 1-2 orang tanggungan anak
  • RM200 untuk isi rumah mempunyai 3-4 orang tanggungan anak
  • RM250 untuk isi rumah mempunyai 5 dan lebih bilangan anak

Nota : Pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan STR berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600. Bantuan ini ditawarkan kepada kategori isi rumah yang merupakan keluarga miskin tegar, kepada yang layak akan diberikan bekalan bantuan bakul selama 6 bulan.

JADUAL & SEMAKAN STR FASA 3

Untuk pengetahuan umum, pemberian STR hanya berbaki lagi 2 fasa sahaja iaitu fasa 3 (Julai) dan Fasa 4 (November). Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status STR melalui laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Pada bulan April ini, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan sempena aidilfitri kepada rakyat Malaysia. Untuk yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk anda mendapatkannya – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button