KWSPPengeluaran Bersasar

Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar ~ Pencarum Mempunyai Baki Mencukupi

Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar perlu dilaksanakan bagi para pencarum yang mempunyai baki mencukupi dan memerlukan. Perkara ini perlu dipandang oleh pihak berwajib kerana dalam keadaan ekonomi semasa. Tambahan ramai pencarum yang terjejas disebabkan bencana banjir dan pendemik covid 19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Untuk makluman, selaku penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur Bisnness School (UniKL) iaitu Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid. Beliau telah berkata bahawa suntikan tunai daripada pengeluaran KWSP pasti akan dibelanjakan oleh pencarum dan secara tidak langsung dapat menyemarakan ekonomi domestik (dalam negara).

Tambahan beliau juga berpendapat, pengeluaran secara bersasar ini bukan sahaja kepada golongan B40 tetapi juga M40. Ramai pencarum yang memerlukan kewangan dalam jangka masa pendek dan keadaan pendemik yang masih belum pulih sepenuhnya di dalam negara.

Ramai ahli / pencarum yang mempunyai baki mencukupi untuk membuat pengeluaran. Untuk sedia maklum, KWSP adalah merupakan platform simpanan untuk hari tua. Namun disebabkan banyak faktor yang terjadi pada waktu ini, ramai yang memerlukan wang mereka dan tidak dapat elak pengeluaran ini.

PENGELUARAN SECARA BERSASAR

Kepada ahli / pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai niat untuk melakukan pengeluaran duit sekali lagi secara bersasar, sebenarnya boleh jika mempunyai baki mencukupi.

Untuk makluman, berdasarkan perincian kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mereka mendapati kira-kira 79.6 peratus daripada 136,138 pencarum KWSP memiliki baki akaun 1 lebih dari RM10,000.

Menurut kenyataan presiden PGIRM iaitu Azmi Mohd Tahir, kajian ini telah dilakukan selama 12 hari bermula 20 Disember 2022. Perkara ini bagi menyediakan data sokongan tambahan untuk tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar agar dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Pihak PGIRM juga percaya Kerajaan perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memandang serius perkara ini atas dasar keprihatinan terhadap suara dan kesusahan rakyat yang memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Kepada ahli KWSP yang ingin membuat e-pengeluaran, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran ini. Panduan permohonan boleh telah disediakan – DI SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button