BANTUANJKMWarga Emas

Bantuan Kewangan BWE RM500 Setiap Bulan

Bantuan kewangan BWE adalah merupakan inisiatif berbentuk tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan. Untuk makluman bantuan BWE ini diberikan kepada penerima yang layak secara setiap bulan.

Dalam usaha pihak kerajaan bagi membantu golongan sasar, pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan pada tahun ini tidak kira kerajaan persekutuan mahupun negeri. Salah satu bantuan adalah bantuan BWE.

BANTUAN BWE

Untuk makluman umum, bantuan Warga Emas atau lebih dikenali sebagai BWE ini adalah inisiatif pihak kerajaan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat.

Perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi tujuan membantu golongan warga emas bagi kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti masyarakat sekeliling.

Bagi pengetahuan, bantuan BWE ini diberikan pada kadar RM500 kepada pemohon yang layak. Bantuan ini diberikan secara setiap bulan kepada penerima bagi membantu meringankan beban kos sara hidup pada tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BWE

Berikut telah disediakan senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon bantuan BWE RM500 seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan golongan warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Individu warga emas yang bukan tinggal di mana-mana institusi dibawah kendalian JKM atau pusat jagaan harian
  • Warga emas yang bukan tinggal di kediaman yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), purata miskin per kapita atau purata miskin isi rumah
  • Mana-mana kes berkeperluan boleh mohon bantuan JKM lain.

PANDUAN PERMOHONAN

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat. Pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak
  • Salinan penyata gaji sekiranya ada
  • Dokumen sokongan yang berkaitan.

Nota : Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan melalui proses semakan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan pemohon benar-benar layak untuk menerima bantuan tunai ini.

Untuk semakan panduan mohon dan muat turun borang permohonan, sila layari portal rasmi JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan kewangan BWE ini, terdapat bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini yang masih boleh anda dapatkan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button