KWSPPengeluaran Khas 2.0

Ahli KWSP Boleh Mengeluarkan Wang Simpanan Mengikut Syarat Dan Keperluan

Untuk makluman, terbaru Pertubuhan Gagasa Inovasi Rakyat Selangor atau lebih dikenali sebagai PGIR telah mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi membenarkan pengeluaran khas wang KWSP mengikut kategori dan keperluan untuk mengurangkan beban kos sara hidup para pencarum pada masa ini.

Menerusi Azmi Mohd Tahir selaku pengerusi berkata, pengeluaran khas KWSP 2.0 sangat diperlukan bagi golongan sasar iaitu B40 dan M40 kerana ramai yang diberhentikan kerja dan ibu tunggal serta yang mempunyai masalah kewangan di seluruh negara pada tahun ini.

Tambahan beliau berkata, “Bagi ibu tunggal dan suri rumah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak lagi aktif mencarum, kita berharap mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran semua simpanan di akaun persaraan masing-masing.

“Ini bertujuan bagi membantu golongan tersebut dapat menyara kelangsungan hidup yang semakin susah, disamping dapat membantu dari segi ekonomi keluarga serta kemajuan pendidikan anak-anak.

Menurutnya lagi, para pencarum dari golongan B40 dan M40 yang masih aktif mencarum yang berumur 54 tahun dan kebawah dan mempunyai simpanan dalam akaun 1 melebihi RM 20,000 diharapkan dibenarkan mengeluarkan sebanyak 30 peratus daripada jumlah di dalam akaun berkenaan.

Masalah yang sama dialami oleh kebanyakan bekas pekerja swasta yang tidak lagi aktif mencarum kerana diberhentikan kerja secara sukarela dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru disebabkan faktor usia yang lanjut dan kesihatan. Katanya dalam kenyataan tersebut.

“Pengeluaran khas wang KWSP ini perlu dibenarkan mengikut keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup bagi mengatasi masalah ekonomi yang sedang melanda dan tidak menentu ini. Di harapkan pihak berwajib dapat memandang sirus perkara ini supaya perkara ini dapat ditandingin dengan baik.

Kepada pencarum M40 dan B40 yang masih aktif mencarum serta mempunyai baki simpanan kurang daripada RM 20,000 di akaun 1, mereka seharusnya dibenarkan membuat pengeluaran keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki minima RM 200 dalam akaun 1 dan 2. Katanya.

Kepada yang terlepas pandang, pada bulan September 2022, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia untuk Fasa ke 3 akan disalurkan. Untuk semakan BKM, anda boleh rujuk di halaman yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button