BANTUANSTRSTR Tambahan

Tarikh Pembayaran STR Tambahan RM600 Telah Dimaklumkan

Tarikh pembayaran STR tambahan bernilai RM600 telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, jadual pengkreditkan inisiatif tambahan STR akan bermula pada bulan Julai sehingga Disember 2023.

INSENTIF TAMBAHAN STR 2023

Bagi makluman umum, pihak kerajaan bersetuju untuk menawarkan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada kategori isi rumah yang berkelayakan. Pemberian STR tambahan ini adalah insentif berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas keperluan harian.

Melalui bantuan tambahan ini, penerima yang layak akan diberikan bantuan berjumlah RM600. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan bernilai RM100 selama 6 bulan.

Insentif STR tambahan ini boleh digunakan di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar. Amaun tersebut perlu dibelanjakan setiap bulan, baki kredit tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

TARIKH PEMBAYARAN STR TAMBAHAN

Pihak kerajaan telah memaklumkan tarikh pembayaran STR tambahan berjumlah RM600 akan dikreditkan secara berperingkat seperti berikut :

  • Fasa 1 (Julai) : RM100
  • Fasa 2 (Ogos) : RM100
  • Fasa 3 (September) : RM100
  • Fasa 4 (Oktober) : RM100
  • Fasa 5 (November) : RM100
  • Fasa 6 (Disember) : RM100

Info : Pemberian STR tambahan ini ditawarkan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berada dalam kategori isi rumah.

KRITERIA KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi insentif tambahan STR bernilai RM600 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada STR
  • Kategori isi rumah
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Berstatus miskin tegar melalai data e-kasih

SEMAKAN STR TAMBAHAN

Semakan boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan tambahan STR. Sila layari laman rasmi e-kasih – DI SINI

Sekiranya berkelayakan, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin. Dengan adanya pemberian STR tambahan, sedikit sebanyak dapat membantu golongan miskin tegar dan kurang benasib baik.

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button