BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

Kategori Penerima Fasa 4 : Bayaran Berjumlah RM300 & RM500

Kategori Penerima Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah bagi bayaran RM300 & RM500 akan dikreditkan kepada golongan M40. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini akan dibayar buat kali terakhir kepada penerima STR.

KATEGORI PENERIMA FASA 4

Seperti sedia maklum, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan inisiatif bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini pada pembentangan Belanjawan 2023. Sehingga hari ini pembayaran bagi STR fasa 1 hingga fasa 3 telah pun selesai dibayar pada Januari, April dan Jun lalu.

Bagi bayaran terakhir pada fasa ke 4 nanti, kategori penerima adalah isi rumah dan warga emas sahaja. Kepada penerima bujang yang telah berjaya dapatkan bayaran hinggas fasa ketiga, mereka tidak akan terlibat menerima insentif ini pada fasa akhir nanti.

Bagi bayaran berjumlah RM300 dan RM500 akan diberikan kepada kategori penerima bagi isi rumah (keluarga) yang mempunyai pendapatan dibawah RM5,000. Bagi isi rumah pendapatan RM2,500 pula akan menerima sehingga RM1,200 dan warga emas RM200 seorang.

JADUAL BAYARAN FASA 4

Pihak kerajaan telah memaklumkan pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa keempat akan mula diagihkan pada bulan November 2023. Berkemungkinan akan diawalkan seperti pembayaran STR fasa ketiga lalu, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KADAR BAYARAN FASA 4 MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  1. Kategori keluarga (Isi rumah) B40
  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai anak (5 keatas) : RM1,200

2. Kategori keluarga (Isi rumah) M40

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (1-2) : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai anak (5 keatas) : RM500

3. Bujang (21 – 59 tahun) & Warga emas (60 tahun keatas)

  • Bujang : Tiada bayaran
  • Warga emas : RM200 seorang

Info : Di atas adalah kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima sedia ada yang telah mendapatkan bayaran sehingga fasa 3. Kepada penerima tidak lulus pada fasa 3 dan telah membuat rayuan, baki akan dicampur dan dikreditkan pada fasa 4 nanti.

SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada semua yang telibat, anda boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai STR secara online mengikut fasa. Untuk semakan, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah dilancarkan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button