eKasih 2022 : Cara Mohon Dan Kemaskini Online
eKasih 2022
Bantuan eKasih 2022 adalah satu sistem bantuan pengkalan data bagi keluarga miskin yang telah diwujudkan di seluruh negeri bagi membantu memantau program kemiskinan.
Info Tentang eKasih 2022
eKasih ialah sistem Data Bank Kemiskinan Negara yang menyimpan maklumat-maklumat mengenai profail individu golongan miskin, program ini akan melibatkan bantuan yang akan diterima oleh Ahli Isi Rumah (AIR) dan Ketua Isis Rumah (KIR) daripada agensi pemberian bantuan sehingga kepada permohonan dan pemantauan bantuan yang diterima / keberkesanan sistem program.
Rujukan Kelayakan eKasih 2022
Kepada pemohon yang ingin memohon Bantuan eKasih 2022, seseorang yang berpendapatan dibawah garis kemiskinan (PGK) bulanan semasa kira-kira RM 1000 (luar bandar) atau RM 1500 (bandar) dikira dalah golongan yang layak memohon.
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah menyediakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan isi rumah semasa – Bulanan, bagi setiap dua tahun sekali.
Dibawah adalah rujukan bagi PGK semasa megikut setiap negeri pada tahun 2021:
Semakan Data Dan Sistem
- Selaraskan maklumat bantuan eKasih
- Menyemak semakan status kemiskinan secara atas talian
- Kemaskini maklumat kemiskinan secara atas talian
- Statistik kemiskinan dan laporan penjanaan
- Pengiraan secara automatik berdasarkan PGK status kemiskinan (miskin tegar/miskin)
Rujukan Untuk Pendaftaran eKasih 2022
Bagi pemohon yang ingin mendaftar boleh teruk rujuk kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan anda.
Orang awam atau Pemohon boleh menghadirkan diri terus ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri behampiran anda melalui:
- Surat
- Telefon
- E-mel Rasmi
- Sila membuat laporan daftarkan kes kemiskinan melalui Pemimpin tempatan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Dibawah adalah senarai nombor telefon PPN setiap Negeri dan pemohon boleh hubungi bagi tujuan pendaftaran atau ingin tahu maklumat lebih jelas
- PPN Kedah – 04 7209236
- PPN Perlis – 04 9731976
- PPN Perak – 05 2497400
- PPN Pulau Pinang – 04 2185700
- PPN Selangor – 03 55213600
- PPN Negeri Sembilan – 06 7659945
- PPN Wilayah Persekutuan – 03 40420260/61
- PPN Melaka – 06 3333333
- PPN Pahang – 09 5178208
- PPN Johor – 07 2234777
- PPN Terengganu – 09 6272000
- PPN Kelantan – 09 7455000
- PPN Sabah – 088 484800
- PPN Sarawak – 082 446582
Semakan Status eKasih 2022
Untuk membuat semakan status Pendaftaran eKasih anda boleh membuat secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut DI SINI
pemohon juga boleh menghubungi terus ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN Bahagian Unit Kesejahteraan Rakyat) dan berikan maklumat anda seperti nombor kad pengenalan dan nama untuk tujuan membuat semakan dan pengesahan status.
Maklumat Yang Perlu Pemohon Sediakan
Bagi permohonan eKasih 2022, anda wajib menyediakan kelengkapan sembilan komponen bagi Ahli Isi Rumah ( AIR) dan Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dibawah:
- Butiran Ahli Isi Rumah (AIR) dan Ketua Isi Rumah (KIR)
- Kediaman
- Pekerjaan atau Kemahiran
- Pendidikan
- Lokasi
- Harta
- Bantuan
- Pendapatan
- Kesihatan
Nota Penting : Semua data eKasih digunakan oleh agensi pemberian bantuan bagi tujuan mengenal pasti mereka yang benanr-benar layak berpandukan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan Profil terkini semasa.
Pemohon boleh buat rujukan dengan cara menghubungi PPN Negeri seperti di atas atau boleh hubungi Ibu Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian rasmi 03 8000 8000 untuk menyatakan sebarang pertanyaan.
NO 28,KAMPUNG MERANEK.94300 KOTA SAMARAHAN.
NO 28,KAMPUNG MERANEK.94300 KOTA SAMARAHAN.