BANTUANeTunai

Kredit ETunai RM100 & RM200 : Bantuan Khas Untuk Rakyat

Kredit etunai RM100 & RM200 adalah merupakan sebuah inisiatif khas berbentuk bantuan ewallet yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat. Untuk makluman umum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar telah meungumumkan pemberian insentif khas ini akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan.

KREDIT ETUNAI RM100 & RM200

Menerusi sidang pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan telah memperkenalkan bantuan ebelia rahmah berjumlah RM200. Bantuan khas ini telah mula dilaksanakan pada bulan Jun lalu.

Bantuan kredit percuma ini boleh ditebus oleh golongan belia berumur 18, 19 dan 20 tahun. Tambahan bantuan ini telah diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa yang berstatus pelajar sepenuh masa tanpa mengira kelayakan umur.

Untuk makluman, bantuan ebelia rahmah kini boleh dimohon sehingga 22 Ogos 2023. Kepada mereka yang layak tebus, amaun RM200 perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos.

Baru-baru ini satu lagi inisiatif bantuan berbentuk kredit etunai diperkenalkan berjumlah RM100. Bantuan khas ini ditawarkan kepada golongan dewasa memperolehi pendapatan di bawah RM100,000 setahun.

Kepada rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori kumpulan B40 dan M40 layak mendapatkan insentif ini. Kredit etunai RM100 & RM200 boleh ditebus pada tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bantuan etunai RM200 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia
  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Mahasiswa berstatus sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi dalam negara tanpa mengira had umur

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan bantuan etunai RM100 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Kategori dewasa
  • Golongan B40 & M40
  • Pendapatan tahunan dibawah RM100,000

CARA TEBUS BANTUAN

Untuk bantuan kredit etunai ebelia rahmah, permohonan dan tuntutan kini boleh dilakukan secara online. Untuk tebus bantuan khas ini, sila ke laman rasmi eBelia Rahmah –DI SINI

Bagi bantuan etunai RM100 untuk golongan B40 & M40 hanya dimaklumkan syarat kelayakan dan jumlah bantuan. Untuk tarikh permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

INFO LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button