BANTUANBaucarSAVE

Bantuan Khas RM 400 Untuk Rakyat Malaysia November Ini

Bagi makluman semua, pada bulan November ini jika anda sedang mencari barangan peralatan elektrik, kalian boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 melalui Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih dikenali sebagai SAVE 3.0 dari pihak Kerajaan untuk bulan November 2022.

Bantuan Khas SAVE

Perlaksanaan Program SAVE 3.0 ini, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 bagi pembelian barangan peralatan elektrik (Cekap Tenaga). Program ini untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik mempunyai label cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan elektrik yang diiktiraf dan menerima label cekap tenaga 4 dan 5 bintang daripada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program SAVE tahun ini adalah sambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 pada tahun sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk elektrik yang menjimatkan tenaga dan sekaligus menyumbangkan kepada penjimatan elektrik – bil bulanan anda.

Syarat Kelayakan Bantuan 

  • Program ini hanya terbuka diberikan kepada individu dan isi rumah yang berstatus warganegara Malaysia yang sah sahaja
  • Program tebus baucar ini terhad kepada 1 akaun sahaja bagi pembelian tahun 2022 berdasarkan ‘First Come First Serve’
  • Pembelian boleh dibuat secara online di mana-mana platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan PG Mall
  • Pembelian boleh juga dibuat secara fizikal di mana-mana kedai elektrik dan pasaraya yang berdaftar
  • Bagi penerima e-rebat bagi program SAVE sebelum ini tidak layak untuk memohon bagi kategori 1 dalam program SAVE 3.0

Kategori Bantuan 

Kategori 1 – Pembelian peti sejut dan penghawa dingin

Kategori 2 – Pembelian Televisyen, Mesin basuh, periuk atau ketuhar gelombang mikro

Kadar Bantuan

Bagi individu atau isi rumah yang layak akan mendapat maksimum sehingga RM 400 e-rebat (RM 200 untuk Kategori 1 dan RM 50 – RM 200 untuk Kategori 2).

Baucar ini hanya boleh ditebus dengan pembelian barangan peralatan elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

Cara Tebus Bantuan Untuk Bulan November

Jika anda menepati syarat kelayakan, anda boleh menebus baucar e-rebat SAVE 3.0 secara online. Sila layari laman platform e-dagang pilihan anda yang telah disediakan seperti berikut :

  • Sekiranya anda ingin menebus di Lazada, sila layari laman rasmi – DI SINI
  • Sekiranya anda ingin menebus di Shopee, sila layari laman rasmi – DI SINI

Untuk tempoh perlaksanaan bagi program SAVE 3.0 ini telah ditetapkan bagi tahun 2022. Anda boleh menebus pada bila-bila masa dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program SAVE 3.0 ini, anda boleh terus layari laman rasmi Saveenergy – DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button