BANTUANMobilepreneurMotorsikalTEKUN

Program Bantuan Beli Motor : Semak Kelayakan

Program bantuan beli motor ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak TEKUN Nasional. Untuk makluman, program khas ini dibuka kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dalam bentuk bantuan beli motorsikal.

PROGRAM BANTUAN BELI MOTOR

Perlaksanaan program bantuan khas ini telah diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada individu yang ingin membeli atau membaiki motorsikal sedia ada. Inisiatif ini dikenali sebagai skim pembiayaan TEKUN Mobileprenuer 4.0 pada tahun ini.

Program skim ini pada dasarnya adalah merupakan bantuan pembiayaan modal kepada golongan usahawan perkidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

Program ini dibuka bagi jenis-jenis seperti berikut :

  • Pembelian motorsikal baru
  • Baik pulih motorsikal sedia ada
  • Modal pusingan

Info : Jumlah kadar pembiayaan yang telah ditetapkan adalah sebanyak dari RM1,000 sehingga RM10,000. Amaun ditentukan semasa proses permohonan.

CEK KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Kepada mereka yang ingin memohon, sila semak syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia (Bumiputera / india)
  • Pemohon tidak berstatus ‘muflis’
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah dan masih aktif
  • Mempunyai kenderaan jenis motorsikal sendiri (Bagi permohonan baik pulih motor)
  • Mempunyai pelantikan yang sah dari pihak syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Pemohon terlibat secara sepenuh masa atau separuh masa dalam urusan perniagaan perkhidmatan awam
  • Perlu mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motorsikal dari pembekal yang sah (Bagi permohonan membeli motorsikal)
  • Peserta / pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)

CARA MOHON

Jika anda berminat menyertai program bantuan beli motor RM10,000 ini, permohonan boleh dilakukan secara online. Sila layari laman rasmi TEKUN – DI SINI untuk kemukakan permohonan.

Untuk pengetahuan umum, program bantuan beli motor TEKUN Mobileprenuer 4.0 ini adalah pembiayaan khas yang ditawarkan dari RM1,000 sehingga RM10,000. Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan boleh menyertai program khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada program TEKUN Mobileprenuer 4.0, terdapat lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button