FSA2KWSPPengeluaran Khas

KWSP : Pengeluaran Khas Sehingga RM10000 Dibenarkan (FSA2)

KWSP : Pengeluaran Khas bersyarat sehingga maksimum RM10000 kini dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk pengetahuan umum, inisiatif kemudahan skim pengeluaran melalui FSA2 ini dilaksanakan sepanjang tahun 2024.

PENGELUARAN KHAS KWSP MELALUI (FSA2)

Kepada kalian yang terlepas pandang, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah skim pengeluaran melalui FSA2 bermula April tahun lalu. Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah sebuah kemudahan skim pembiayaan pengeluaran untuk tujuan peribadi melalui institusi perbankan yang terlibat.

Apa yang menarik adalah permohonan dibuka sepanjang tahun ini bagi membantu ahli yang memerlukan pengeluaran. Program FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan yang berbeza.

Dengan adanya kemudahan seperti ini merupakan salah satu sebagai tanda keprihatian pihak KWSP bagi memberi manfaat kepada para pencarum. Di halaman ini dikongsikan butiran maklumat berkenaan pengeluaran FSA2 KWSP Fasa 1 yang perlu diketahui.

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP YANG DIBENARKAN

Bagi makluman umum, kadar pengeluaran yang dibenarkan melalui FSA2 KWSP fasa 1 adalah serendah RM3000. Manakala jumlah maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM50000 secara one-off.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP (FSA2)

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mohon pengeluaran sehingga RM10,000 ini seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Simpanan minimum dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000.

PANDUAN DAFTAR & KEMUKAKAN PERMOHONAN

Kepada para pencarum KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (Fasa 1)

Untuk makluman, terdapat 3 institusi perbankan yang terlibat bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 iaitu MBSB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan CIMB Bank.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button