eGumisWang Tidak DituntutWTD

eGUMIS 2024 : Panduan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

eGUMIS 2024 : Panduan Semakan wang tidak dituntut (WTD) telah disediakan bagi mengenalpasti sekiranya individu mempunyai wang yang boleh dituntut. Untuk makluman, terdapat ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu kewujudan kemudahan ini.

APA ITU SEMAKAN EGUMIS 2024?

Bagi pengetahuan umum, WTD ini ditakrifkan sebagai wang/ duit yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh tertentu. Wang dalam bentuk kredit sesebuah akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa lebih 2 tahun.

Wang Tidak Dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber yang sepatutnya individu dapat. Setiap penduduk disarankan membuat semakan untuk mengenalpasti dan mendapatkan WTD yang sepatutnya milik individu.

Berdasarkan data maklumat yang telah dimaklumkan, jumlah WTD yang direkodkan sepanjang tahun 2023 adalah sekitar RM11.7 bilion dan bilangan ini akan meningkat setiap tahun. Dengan adanya portal egumis ini, kalian tidak perlu hadir ke kaunter dan hanya boleh menyemak secara online.

PANDUAN SEMAKAN EGUMIS 2024 SECARA ONLINE

Kepada mereka yang ingin membuat semakan, panduan mudah telah disediakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman utama rasmi – eGUMIS 2024
  2. Jika belum daftar, anda perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna
  3. Log masuk egumis menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Kemudian kemaskini maklumat pengguna
  5. Tekan pada ruangan ”Carian wang tidak dituntut”
  6. Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan untuk tujuan semakan.

Semakan juga boleh dilakukan di kaunter, kepada mereka yang mempunyai WTD selepas semakan, tuntutan boleh dilakukan bagi mendapatkan wang masing-masing. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-2056 8000 atau hantar emel ke pentadbiran sistem egumis di [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Perkara ini adalah sebahagian tanda keprihatian kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button