BANTUANFasa 2STRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

Bantuan Khas STR 2024 : Kategori Penerima Bayaran Fasa Ke 2

Bantuan Khas STR 2024 : Kategori penerima bayaran tunai berikutnya (fasa ke 2) adalah terdiri daripada belia bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk makluman, pemberian fasa berikutnya akan dilaksanakan pada bulan hadapan sebelum menyambut perayaan aidilfitri.

BANTUAN KHAS STR 2024

Seperti sedia maklum, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun ini. Inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

Melalui program STR ini, terdapat 3 kategori utama penerima iaitu bujang, isi rumah dan warga emas. Kadar bayaran bantuan adalah sehingga RM3,700 dan jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak.

Jadual lengkap kasar bagi pengagihan sumbangan tunai rahmah tahun 2024 telah dimaklumkan iaitu pada bulan Januari, April, Ogos dan November tahun ini. Tujuan utama pemberian bantuan khas ini masih diteruskan memasuki tahun kedua ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan miskin, B40 dan M40.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN KHAS STR 2024

Untuk makluman pada tahun ini sekitar hampir 1/3 penduduk Malaysia (9 juta) telah berdaftar sebagai penerima STR. Di bawah adalah jumlah keseluruhan yang diberikan mengikut kategori kelayakan.

(KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS)

  • Belia bujang berumur 21 tahun keatas : RM350
  • Warga emas tiada pasangan : RM600

(KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH) PENDAPATAN RM2,500

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

(KELUARGA/ ISI RUMAH) PENDAPATAN RM5,000

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

Kaedah pembayaran bantuan tunai STR tahun 2024 disalurkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank masing-masing. Kepada penerima tiada kad bank boleh tebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Bermula November lalu, pendaftaran dan pengemaskinian maklumat terkini STR telah dibuka. Kepada penerima sedia ada, anda boleh semak status bayaran mengikut fasa di laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

Nota : Jadual bayaran fasa ke 2 STR adalah April ini, dijangkakan pengagihan akan bermula pada awal bulan sebelum menyambut bulan syawal. Segala maklumat terkini berkenaan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button