Lesen MemanduMyLesen

MyLesen B2 2024 : Kuota Dibuka Untuk 35,000 Peserta Sahaja

MyLesen B2 2024 : Kuota penyertaan dibuka kepada 35,000 rakyat Malaysia bagi memiliki lesen memandu percuma. Program khas ini merupakan salah satu inisiatif bantuan dibawah Belanjawan tahun 2024.

PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2024

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Jalan (MOT) serta Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah melancarkan sebuah inisiatif khas. Program yang dikenali sebagai bantuan Mylesen B2 ini telah mula dilaksanakan pada tahun ini.

Tujuan utama inisiatif istimewa ini diadakan adalah bagi memperkasa sekitar 35,000 individu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2. Untuk makluman, program mylesen ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Kepada mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan dengan cara mengisi borang penyertaan yang disediakan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota penyertaan telah dipenuhi sepenuhnya.

MANFAAT MENYERTAI PROGRAM MYLESEN B2 2024

Antara manfaat yang boleh didapatkan dengan menyertai program khas ini adalah seperti berikut :

  • Membantu kumpulan kurang berkemampuan bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 secara percuma
  • Dapat meningkatkan keselamatan jalanraya dengan adanya lesen memandu
  • Memupuk serta menggalakan masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah dari sisi undang-undang
  • Melahirkan penunggan motorsikal yang kompeten.

KRITERIA KELAYAKAN MOHON MYLESEN

Permohonan menyertai program ini terbuka kepada :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berusia 16 tahun dan keatas (pada tahun ini)
  • Golongan B40 dan tanggungan
  • Sihat dari segi fizikal (tubuh badan) dan mental
  • Bebas dari senarai hitam JPJ, mahkamah dan PDRM
  • Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu.

BORANG PERMOHONAN MYLESEN B2

Kepada mereka yang kurang berkemampuan, memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan selagi kuota masih ada. Sila muat turun borang permohonan yang telah disediakan di laman rasmi – MyLesen B2

Bagi pengetahuan umum, permohonan akan ditutup sekiranya kuota telahpun dipenuhi. Kepada mereka yang berjaya menyertai, tahniah kerana dapat mendapatkan manfaat yang ditawarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button