Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

KWSP : Pengeluaran Bersyarat Fasa 1 Kini telah Dibenarkan

KWSP : Pengeluaran Bersyarat fasa 1 kini telah dibenarkan kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk makluman, terdapat sebuah kemudahan pengeluaran telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada pecarum.

KWSP : PENGELUARAN BERSYARAT FASA 1

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan sebuah kemudahan bagi menbantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Skim pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 telah mula dilancarkan bermula April 2023.

FSA2 KWSP ini adalah merupakan sebuah inisiatif bagi membantu para ahli untuk mendapatkan pembiayaan pengeluaran melalui pihak bank. Untuk makluman, pengeluaran FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan permohonan bagi fasa 1 telahpun mula dibuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.

Pengeluaran khas ini membolehkan ahli KWSP untuk membuat permohonan awal bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun. Bagi pengetahuan umum, permohonan pengeluaran FSA2 KWSP ini boleh dikemukakan secara online pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.

KADAR PENGELUARAN KWSP BERSYARAT YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran yang dibenarkan melalui pembiayaan FSA2. Minimum pengeluaran adalah RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP FASA 1

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pengeluaran bersyarat Fasa 1 seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia yang berumur 40 tahun dan ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun (Fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat fasa 1 maksimum RM50,000
  • Perli patuhi terma serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank

Info : Bagi pengetahuan umum, FSA2 KWSP fasa 1 institusi perbankan yang terlibat hanya ada 2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli yang berkelayakan yang memerlukan, permohonan pengeluaran melalui FSA2 KWSP boleh dilakukan. Panduan lengkap daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi FSA2 KWSP – DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada mereka yang terlepas pandang sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button