BANTUANFasa 2Kadar BayaranMySTR

MySTR : Kadar Bayaran Bantuan Tunai Fasa-2 Telah Diumumkan

MySTR : Kadar Bayaran Bantuan tunai Fasa-2 telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini yang akan dikreditkan kepada penerima. Untuk makluman umum, tarikh rasmi pembayaran bantuan tunai STR fasa kedua akan mula disalurkan pada 3 April ini.

MYSTR : KADAR BAYARAN BANTUAN

Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024. Pada tahun ini pemberian bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada seramai 9 juta penerima bersamaan 60 peratus rakyat terdiri daripada golongan dewasa.

Bayaran bagi fasa pertama telahpun selesai diagihkan pada 29 Januari lalu secara berperingkat. Kini bantuan fasa kedua STR akan mula disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dari kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Kadar bayaran bantuan tunai MySTR bagi fasa-2 adalah dari RM100 – RM650, jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan. Pembayaran fasa kedua ini akan diberikan secara one-off dan mula disalurkan pada 3 April sehingga 9 April secara berperingkat.

KADAR BAYARAN BANTUAN FASA-2 MENGIKUT KATEGORI

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa kadar bayaran STR fasa kedua akan diagihkan mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Kadar bayaran : RM150 – RM650 (Jumlah mengikut bilangan anak)
  • Jumlah penerima : 3 Juta
  • Implikasi kewangan : 0.9 bilion

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • Kadar bayaran : RM100 – RM300 (Jumlah mengikut bilangan anak)
  • Jumlah penerima : 900 Ribu
  • Implikasi kewangan : 0.1 bilion

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KE ATAS)

  • Kadar bayaran : RM100
  • Jumlah penerima : 3.3 Juta
  • Implikasi kewangan : 0.3 bilion

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KE ATAS)

  • Kadar bayaran : RM150
  • Jumlah penerima : 1.2 Juta
  • Implikasi kewangan : 0.2 bilion

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR FASA-2

Pengagihan bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa-2 akan disalurkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN berdekatan. Semakan status bayaran bantuan tunai kini boleh dilakukan secara online, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button