BANTUANRUMAH

Panduan Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Bagi Golongan B40

Kepada anda yang terlepas pandang, Pihak Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan Portal Rasmi bagi memudahkan rakyat Malaysia yang sedang mencari rumah atau menyemak rumah yang bakal anda miliki secara sewa atau beli melalui TEDUH. Laman ini diperkenalkan lebih mensasarkan kepada golongan b40 dan isi rumah yang berpendapatan rendah yang ini miliki rumah mampu milik sendiri.

Portal TEDUH ini merupakan laman utama yang telah tersedia memaparkan fungsi dan maklumat carian berkaitan program dan projek perumahan awam dan swasta di dalam Negara Malaysia. TEDUH juga merupakan ”One-Stop Centre” kepada individu yang ingin membuat permohonan program perumahan di bawah seliaan Jabata Perumahan Negara atau lebih dikenali sebagai KPKT.

Senarai Program Perumahan – TEDUH

1-PPAM

PPAM adalah merupakan salah satu program perumahan mampu milik untuk golongan penjawat awam. Program ini telah diperkenal dan dilancarkan pada tahun 2013. Tujuan utam program ini bagi membolehkan para penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah bagi membeli rumah mampu milik sendiri khususnya di bandar bandar utama di dalam Malaysia

2-PPR Untuk Dimiliki

Program perumahan PPR di perkenalkan bagi tujuan menyediakan tempat tinggal terancang yang lebih selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan berpendapatan rendah dan setinggan. Untuk makluman, harga jualan bagi seunit rumah PPR ialah RM 35,000 di semenanjung dan RM 42,000 Seunit di negeri Sarawak dan Sabah.

3-SPP

Skim Pinjaman Perumahan atau lebih dikenali sebagai SPP adalah merupakan skim program yang diuruskan melalui akaun tabung amanah – Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di Malaysia

4-Rumah PR1MA

Skim Perumahan PR1MA adalah merupakan perumahan berkualiti yang sesuai dengan konsep gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendatan sederhanan. Untuk makluman, harga rumah PR1MA bermula daripada RM 100,000 hingga RM 400,000 se unit.

Panduan Cara Membuat Permohonan

Di bawah telah disediakan cara untuk membuat permohonan rumah melalui TEDUH :

  1. Sila layari Portal Rasmi SPRN – DI SINI
  2. Kemudian anda perlu mendaftar akaun untuk memohon – Sila isi dengan lengkap maklumat diperlukan (Nama pemohon, No IC  dan alamat e-mel semasa)
  3. Buka e-mel bagi tujuan pengesahan
  4. Kemudian Log Masuk akaun dan pilih skim perumahan yang disediakan
  5. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan- Muat naik dokumen (pastikan dokumen yang anda muat naik adalah format PDF dan bersaiz fail tidak melebihi 3 Mb
  6. Yang terakhir tekan butang pengesahan
  7. Selesai
Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarnag pertanyaan atau maklumat lebih terperinci berkenaan Program Perumahan melalui TEDUH, anda boleh terus ke pautan yang disediakan diatas atau hubungi talian khas SPRN :

No Tel – 03 8891 4475 / 03 8891 4200

E-mel – [email protected]

Bantuan Berbentuk Kewangan Tahun 2022

Kepada anda yang terlepasa pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan yang berkelayakan untuk anda memohon pada tahun ini, sil ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button