BANTUANBKM

BKM 2022 : Jadual Pembayaran Fasa 1 Untuk Semua Kategori

Untuk pengetahun umum, Pada tahun ini pihak Kerajaan telah perkenalkan satu bantuan berbentuk kewangan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022. Hampir 9 juta penerima BKM bakal menerima manfaat dengan insentif kewangan berjumlah kira-kira RM 8.2 billion pada hujung bulan Mac 2022.

Menerusi BKM lebih ramai rakyat yang dapat meringankan pembelanjaan kos sara hidup mereka pada tahun ini. Untuk makluman, BKM telah ditambah baik berbanding bantuan berbentuk kewangan sebelum ini. Nilai jumlah bantuan telah ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak , mempunyai jumlah seorang hingga dua orang anak dan kepada isi rumah yang mempunyai lebih dari 3 orang anak serta kategori isi rumah terhad kepada bapa atau ibu tunggal dan warga emas.

Jadual Pembayaran BKM 

Pembayaran BKM kali ini di jadualkan terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbezaiaitu pada bula Mac, Jun, September dan Disember 2022.

di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM 2022 mengikut Fasa :

FASA 1

Jadual : Pembayaran mula diagihkan selewat-lewatnya 31 Mac 2022

Kategori : Bujang , Isi Rumah , Warga Emas (Tiada pasangan)

FASA 2

Jadual : Bulan Jun 2022 (Tarikh rasmi belum dinyatakan)

Kategori : Isi Rumah, Warga Emas (Tiada pasangan)

FASA 3

Jadual : Bulan September 2022 (Tarikh rasmi belum dinyatakan)

Kategori : Isi Rumah , Bujang , Warga Emas (Tiada pasangan)

FASA 4

Jadual : Bulan Disember 2022 (Tarikh rasmi belum dinyatakan)

Kategori : Isi Rumah , Warga Emas ( Tiada pasangan)

BKM ini adalah bantuan berbentuk kewangan yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan beban dan pembelanjaan pada tahun ini.

Kelayakan BKM

Penerima (Data maklumat) Bantuan sebelum ini seperti BPR 2021, BKC B40 dan pemohon BPR yang tidak lulus atas alasan menerima bantuan GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem data BKM 2022 untuk semakan kelayakan.

Manakala permohonan baru perlu dibuat jika tiada rekod dalam pengkalan data sedia ada LHDNM manakala penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat terbaru, anda boleh membuat pengemaskinian dalm tempoh yang telah ditetapkan. Sila layari Portal Rasmi BKM untuk semak status anda.

Tarikh Permohonan & Kemaskini BKM 2022

Bagi permohonan baru dan kemaskini maklumat boleh dibuat pada tarikh yang ditetapkan bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 – Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan pembentangan Bajet 2022, anda oleh layari pautan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)

Maklumat Lanjut

Selain BKM, terdapat lebih banyak senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan ole kerajaan. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button