AidilfitriBANTUANi-Fitri

Bantuan IFitri Perantau : Panduan Permohonan

Bantuan ifitri perantau adalah merupakan inisiatif yang dikendalikan oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan perantau pada tahun ini. Untuk makluman, permohonan bantuan khas berbentuk kewangan ini telah dilanjutkan sehingga 26 April 2023.

BANTUAN IFITRI PERANTAU 2023

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas ifitri perantau ini ditawarkan kepada mereka yang merupakan perantau dan berkelayakan. Pihak kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 20 ribu perantau akan menerima bantuan ini melalui peruntukan sebanyak RM6 juta.

Perlaksanaan bantuan khas ini adalah sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu kepada rakyat khususnya untuk golongan perantau. Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Menteri Besar negeri Terengganu telah mengumumkan inisiatif tersebut pada 1 April di Majlis berbuka puasa bersama anak perantau Terengganu di MAEPS.

TEMPOH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan ifitri perantau pada asalnya dibuka dari 6 April sehingga 20 April, namun dilanjutkan sehingga 26 April 2023.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu yang menetap di luar negeri (perantau)
  • Pemohon atau pasangan merupakan pengundi berdaftar di Terengganu
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak melebihi RM2,500
  • Golongan penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak untuk mohon
  • Pemohon yang bekerja sendiri perlu mengemukakan surat akaun pendapatan yang disahkan
  • Maklumat pemohon perlu anda dalam sistem profil rakyat Terengganu (PRT20 Perantau)
  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online)
  • Permohonan boleh ditolak jika maklumat dikemukakan tidak lengkap dan tidak benar.

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan bantuan khas untuk perantau ini secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

Bantuan ifitri perantau ini ditawarkan kepada rakyat negeri Terengganu sahaja, kepada mereka yang berkelayakan disarankan membuat permohonan bagi mendapatkan manfaat insentif ini.

INFO LANJUT

Pada bulan sempena aidilfitri ini, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai untuk rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button