Am NegeriAm PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Kewangan RM350 Sebulan : Untuk Golongan Memerlukan

Bantuan Kewangan RM350 Sebulan antara inisiatif yang disediakan pada tahun ini kepada rakyat yang berkelayakan memerlukan. Untuk pengetahuan umum, pelbagai jenis bantuan yang boleh dimohon oleh rakyat terutama dalam golongan terjejas.

BANTUAN KEWANGAN RM350 SEBULAN

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan banyak insentif dalam skim bantuan kebajikan. Salah satu insentif yang boleh dimohon adalah bantuan am persekutuan (BA) yang diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak.

Inisiatif ini merupakan bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan pada tahun ini atas dasar keprihatinan kerajaan. Bantuan Am ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban individu/ keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.

Dengan adanya insentif khas dibayar secara bulanan ini dapat menampung mereka yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

KADAR BAYARAN BANTUAN KEWANGAN (BA) SEBULAN

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan am yang ditawarkan adalah minimum RM100 sebulan bagi seorang, dan maksimum RM350 bagi sekeluarga. Kadar jumlah juga bergantung dan berbeza (Bantuan Am Negeri) mengikut negeri yang dimohon.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN (BA)

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan istimewa ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Menetap di wilayah persekutuan (Bantuan Am Persekutuan)
  • Berada dalam golongan yang memerlukan dan miskin yang tidak menerima mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Jika anda berada dalam kumpulan kurang berkemampuan dan menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan segera. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila semakan butiran di laman utama JKM untuk info lengkap.

MAKLUMAT LANJUT

Pada waktu ini terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button