BANTUANBKKJKMKanak-kanak

Terkini : Bantuan Khas BKK RM150 – RM1,000 Secara Bulanan

Terkini : Bantuan Khas BKK bernilai RM150 – RM1,000 dikreditkan secara bulanan kepada mereka yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024.

TERKINI : BANTUAN KHAS BKK

Kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah inisiatif bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Program BKK ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM pada tahun ini.

Perlaksanaan sumbangan bantuan BKK ini adalah bertujuan membantu keluarga/ penjaga kepada kanak-kanak/ tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

Dengan adanya insentif bulanan ini dapat memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak dalam tumbesaran. Permohonan bagi sesi tahun ini dibuka kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan.

KADAR BANTUAN KHAS BKK

Untuk sedia maklum, kadar bantuan kanak-kanak telah ditetapkan bermula dari RM150 seorang sehingga maksimum RM1,000 sekeluarga. Di bawah adalah pecahan kadar bayaran yang ditawarkan seperti berikut :

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Maksimum bayaran bantuan BKK adalah : RM1,000 satu keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BKK 2024

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas kanak-kanak :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai tangungan kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau setaraf dengannya
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa.

LANGKAH & PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BKK

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas BKK boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK 2024

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin ketahui butiran penuh berkenaan bantuan khas ini, sila rujuk di laman rasmi JKM disediakan diatas atau hubungi talian khas di +603 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button