BANTUANSARASTRSTR Tambahan

Bantuan Tambahan RM100 Akan Dikreditkan Bermula Julai 2023

Bantuan tambahan RM100 akan dikreditkan kepada penerima selama 6 bulan bermula Julai sehingga Disember 2023. Untuk sedia maklum, pemberian bantuan tambahan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah akan dibayar pada bulan depan.

BANTUAN TAMBAHAN RM100 SELAMA 6 BULAN

Untuk makluman, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kadar yang diberikan adalah sehingga RM2,500.

Dalam pada masa yang sama, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan bernilai RM600 yang dibayaran setiap bulan RM100. Insentif khas ini ditawarkan kepada golongan kategori isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang dari PGK.

JADUAL BAYARAN

Untuk makluman, bantuan tambahan RM100 setiap bulan (Sumbangan Asas Rahmah) akan diberikan mengikut jadual seperti di bawah :

  • Julai 2023 : RM100
  • Ogos 2023 : RM100
  • September 2023 : RM100
  • Oktober 2023 : RM100
  • November 2023 : RM100
  • Disember 2023 : RM100

Pemberian bantuan tambahan STR ini akan diberikan kepada penerima yang layak setiap bulan. Pengkreditan ke dalam kad pengenalan akan dimasukan secara automatik sehingga Disember 2023.

Bantuan tambahan RM100 setiap bulan ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Insentif tersebut boleh dibelanjakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan penerima bantuan tambahan STR (SARA) berjumlah RM600 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah
  • Kategori isi rumah
  • Pendapatan tidak melebihi purata garis kemiskinan (Miskin tegar) RM1,169

Info : Anda boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan STR ini. Sila layari laman rasmi e-kasih – DI SINI

Semakan boleh dilakukan secara online, sekiranya berkelayakan maklumat anda akan dipaparkan pada skrin dan jika tiada bermaksud anda tidak layak menerima insentif khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang bulan Julai, permohonan rayuan STR dibuka kepada mereka yang berstatus ‘Tidak Lulus’ dan rayuan boleh dibuat sebelum 31 Julai 2023. Terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban golongan B40 dan miskin.

Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button