BANTUANJKM

Bantuan Kewangan Perantis RM 200 Sebulan Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

Bagi makluman umum, Pelbagai inisiatif dari Pihak Kerajaan terutama berbentuk kewangan telah diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun ini. Tujuan utama pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban pembelanjaan dan kos sara hidup pada tahun ini. Bantuan lebih mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan B40.

Baru-baru ini, Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah menyediakan sebuah bantuan kewangan dalam program Latihan Perantis.

Pengenalan

Program latihan Perantis adalah bertujuan bagi memberi kemudahan kepada anak-anak muda untuk menerima bantuan kewangan dari pihak JKM dengan cara melalui program latihan kemahiran atau latihan sambil belajar.

Bantuan yang diperkenalkan oleh Pihak JKM ini juga bertujuan bagi membantu meringankan beban pembelanjaan harian golongan B40 yang sudah kehilangan sumber pendapatan akibat terjejas dari pendemik Covid 19 yang melanda negara Malaysia dalh 2 tahun ini.

Objektif Bantuan Perantis
  • Bagi membantu anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan sekolah
  • Bagi membantu bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran perantis
  • Bagi membantu golongan B40 meringankan beban
Kadar Bantuan

Bagi makluman anda, kadar bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pemohon golongan B40 yang layak menerima bantuan adalah sebanyak RM 200 sebulan.

Syarat Kelayakan 

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi membuat permohonan bantuan perantis :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Individu bekas pelatih perintah khidmat Malaysia
  • Merupakan anak-anak penerima bantuan dari Institusi Kebajikan
  • Mana mana kes bekerpeluan layak untuk dipertimbangkan melalui kelulusan dari Pihak KPKM
Panduan Permohonan

Di bawah telah disediakan panduan untuk membuat permohonan dan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan :

  • Sediakan salinan kad pengenalan – Pemohon
  • Sediakan kad pengenalan suami atau isteri atau anak yang tinggal sebumbung
  • Sediakan salinan penyata gaji – Jika ada
  • Sediakan salinan sijil kelahiran anak-anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan dokumen sokongan jika diperlukan

Anda perlu menlengkapkan borang permohonan dan kemudian sila hantar ke Pejabat JKM yang berhampiran anda , Borang permohonan anda boleh muat turun (Download) di bawah

  1. Borang Permohonan Bantuan (JKM 18) – DI SINI
  2. Borang Kaji semula Bantuan (JKM 20) – DI SINI
Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini, sila ke Portal Rasmi JKM untuk mengetahui lebih lanjut maklumat. Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini (2022) terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilaksanakan oleh Kerajaan, Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan. Sila ke Laman Utam yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button