BANTUANBPP

Bantuan Negeri : Pakej Insentif Khas BPP RM 200

Pada tahun 2022 pihak Kerajaan Pusat dan Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khusus berbentuk bantuan kewangan bagi membantu mereka yang berkeperluan paa tahun ini. Secara nyatanya bantuan kewangan amat penting bagi sesetengah individu dan golongan yang berpendapatan rendah. Dengan adanya pelbagai bantuan dapat membantu dari segi mengurangkan beban kos sara hidup pada masa ini.

Terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan masih disediakan pada tahun ini dan ada yang baru tahun ini diperkenalkan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan BPP RM 200 yang mungkin ramai terlepas pandang. Di halaman bawah telah disediakan maklumat ringkat berkenaan bantuan BPP ini yang boleh anda rujuk sekiranya anda berkelayakan untuk mendapatkan.

Kadar Bantuan BPP

Untuk makluman, bayaran yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah sebanyak RM 200 seorang.

Maklumat Tambahan

Selain bantuan BPP ini, terdapat pelbagai pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi Keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada khususnya berbentuk tunai yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan –KLIK DI SINI

Siapa Yang Layak Menerima BPP?

Pakej Bantuan Prihatin Pahang atau lebih dikenali sebagai BPP yang berjumlah kira-kira 30 juta ini bakal diberikan kepada lebih kurang 297,000 penerima di bawah 4 golongan seperti berikut :

  • Golongan B40
  • Kluster Umum (umum)
  • Kluster Apresiasi (Veteran polis dan tentera)
  • Pelajar dan belia

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej bantuan BPP ini, anda boleh hubungi seperti dibawah :

  • Nombor Telefon – 09 5121 682
  • Nombor Faks – 09 5157 766
  • Alamat Pejabat – Pejabat Menteri Besar, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan Pahang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button