BANTUANe-DompetJKMKerajaan

Senarai Bantuan Kewangan Khas Yang Dikreditkan Pada Bulan Ini

Senarai bantuan kewangan khas yang dikreditkan pada bulan ini iaitu Jun 2023 kepada mereka yang berkelayakan. Bagi pengetahuan umum, pada bulan Jun terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan akan diberikan terutama kepada golongan yang memerlukan.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN KHAS BULAN JUN

Pada tahun ini, kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan pelbagai inisiatif pada sidang Belanjawan 2023. Pihak kerajaan pada tahun ini lebih memfokuskan inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat yang terdiri daripada golongan B40 dan miskin.

Terdapat beberapa bantuan yang akan dibayar dan dikreditkan pada bulan ini kepada individu dan isi rumah yang berkelayakan. Antara bantuan yang akan dikreditkan pada bulan ini adalah seperti di bawah.

BANTUAN EDOMPET UNTUK MAHASISWA

Ramai golongan belia dan mahasiswa menunggukan perlaksanaan bantuan khas edompet ini pada awal tahun. Apa yang menarik baru-baru ini, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pemberian kredit percuma edompet ini akan diberikan pada bulan ini.

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 dalam bentuk edompet. Perlaksanaan bantuan ini akan diberikan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur.

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN (BULANAN)

Ramai pihak yang terlepas pandang bahawa kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) telah menyedia dan menawarkan bantuan kepada golongan yang terjejas. Program bantuan kebajikan yang merangkumi pelbagai kategori kelayakan bantuan yang ditawarkan seperti di bawah :

  • Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 sebulan
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : Sehingga RM1,000 sebulan (isi rumah)
  • Bantuan Am Persekutuan : RM100 hingga RM350 sebulan
  • Bantuan Am negeri : Kadar bantuan bulanan ditentukan oleh pihak negeri masing-masing
  • Insentif elaun anak angkat : RM250 – RM500 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan

Nota : Untuk makluman, senarai bantuan kewangan khas JKM dikreditkan kepada pemohon yang layak setiap bulan pada tarikh 1-10 hari bulan. Kepada yang memerlukan dan menepati kelayakan, permohonan boleh dilakukan secara online. Sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan berbanding tahun lalu. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button