KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Jenis Pengeluaran Simpanan KWSP Yang Dibenarkan :Cek Disini

Untuk sedia maklum, terdapat pelbagai jenis pengeluaran simpanan KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada para pencarum. Kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah bertujuan membantu ahli.

JENIS PENGELUARAN SIMPANAN KWSP

Pihak KWSP telah menawarkan kemudahan pelbagai jenis pengeluaran simpanan KWSP melalui akaun 1 dan akaun 2. Terdapat 2 kategori pengeluaran yang dibenarkan iaitu secara sebahagian dan sepenuhnya.

Tujuan utama kemudahan pengeluaran ini disediakan adalah bagi memudahkan ahli KWSP untuk membuat persediaan bagi menghadapi hari persaraan yang lebih selesa. Pihak KWSP membenarkan pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan ahli.

Di ruangan bawah dikongsikan maklumat berkenaan jenis pengeluaran simpanan KWSP yang dibenarkan secara penuh dan sebahagian melalui akaun 2.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  • Umur 50
  • Beli Rumah
  • Pendidikan
  • Bina rumah
  • Menyelesaikan/ mengurangkan baki pinjaman perumahan
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Perumahan fleksibel
  • Perumahan PR1MA
  • Menunaikan ibadah haji
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta

PENGELUARAN PENUH

  • Umur mencapai 55 tahun
  • Umur 60
  • Pesara pilihan dan pekerja berpencen
  • Berlaku kematian
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara

Nota : Jenis pengeluaran KWSP yang tertera diatas adalah merupakan kemudahan yang boleh dilakukan oleh ahli yang menepati syarat yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi pengetahuan umum, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah berbeza mengikut jenis pengeluaran yang hendak dilakukan. Yang pasti pemohon adalah merupakan ahli KWSP, warganegara dan bukan warganegara.

CARA MOHON

Kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran yang bersesuaian dengan simpanan dan bertujuan seperti diatas. Panduan mohon dan syarat kelayakan telah disediakan, sila layari laman web rasmi KWSP – DI SINI

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran melalui i-akaun atau memohon untuk pengeluaran manual seperti yang disediakan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah menawarkan bermacam-macam jenis kemudahan dan inisiatif untuk meringankan beban kewangan rakyat tempatan. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh membuat semakan senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button