Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Fasa Satu Secara Bersyarat

Pengeluaran KWSP fasa satu (1) secara bersyarat kini dibuka permohonan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran wang. Untuk sedia maklum, kemudahan fasiliti sokongan akaun 2 KWSP akan dilancarkan dalam dua fasa.

PENGELUARAN KWSP FASA SATU

Bagi pengetahuan umum, kemudahan pengeluaran KWSP fasa satu ini telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Menerusi program khas ini, ahli KWSP yang menepati syarat boleh membuat permohonan pembiayaan pengeluaran.

Permohonan pengeluaran KWSP fasa satu melalui FSA2 mula dibuka pada tarikh 7 April 2023, waktu permohonan dibuka selama setahun. Kepada pencarum KWSP yang berumur 40 tahun keatas layak untuk membuat permohonan FSA2 kwsp fasa 1 dan tertakluk pada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Institusi perbankan yang terlibat buat masa ini adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB. Pihak KWSP akan mempertinbangkan bagi menambah lebih banyak Bank yang terlibat mengambil bahagian pada masa akan datang.

Untuk makluman, pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan dan pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini. Waktu ini hanya permohonan FSA2 KWSP fasa 1 yang dibuka, bagi fasa 2 untuk ahli berumur 40 tahun ke bawah akan dimaklumkan kelak.

MAKSIMUM PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Jumlah pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 dan jumlah tertakluk pada baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP ahli.

Melalui pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 4 juta pencarum yang berumur di bawah 55 tahun. Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang bakal dikenakan oleh institusi perbankan dijangka diantara 4 hingga 5 peratus.

Kadar yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa bagi pembiayaan peribadi daripada instisusi perbankan (sekitar 8 hingga 15 peratus).

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP FASA SATU

Kepada ahli yang ingin membuat pembiayaan peribadi melaui FSA2 KWSP, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Panduan lengkap permohonan telah disediakan di laman rasmi, sila layari portal rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Nota : Kemudahan pengeluaran FSA2 KWSP ini dilaksanakan bagi membantu ahli KWSP untuk membuat pembiayaan peribadi. Kepada ahli yang tidak memerlukan disarankan untuk tidak membuat pengeluaran agar baki simpanan dapat digunakan pada hari persaraan nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button