BANTUANSTR

Bantuan Tunai MySTR RM3,100 Untuk Isi Rumah

Bantuan tunai MySTR RM3,100 untuk kategori isi rumah keluarga Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk semua kategori.

BANTUAN TUNAI MYSTR

Untuk makluman, pemberian Sumbangan tunai rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. STR adalah penjenamaan semula daripada Bantuan tunai rakyat (BTR).

Penerima bantuan sedia ada STR adalah berdasarkan maklumat data bantuan tahun lalu iaitu BKM 2022. Kepada bukan penerima STR, kini permohonan baru sedang dibuka sepanjang bulan Mac 2023.

Pemberian bantuan tunai ini dilaksanakan pada tahun ini adalah bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama bagi golongan B40 dan miskin tegar. Apa yang lebih menarik, kerajaan telah mengumumkan bantuan tambahan yang diberikan kepada kategori isi rumah berjumlah RM600.

KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Terdapat 3 kategori penerima bantuan MySTR tahun ini, kadar jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KE BAWAH)

  • RM1,000 sehingga RM2,500 (Kadar bantuan bergantung jumlah bilangan tanggungan anak)

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 sehingga RM1,250 (Kadar bantuan bergantung jumlah bilangan tanggungan anak)

KATEGORI WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM600

KATEGORI BUJANG 60 TAHUN KEBAWAH

  • RM350

SUMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH

  • RM600

Nota : Kepada isi rumah yang merupakan golongan miskin tegar, mereka akan menerima jumlah bayaran bantuan tunai STR sebanyak RM3,100. Untuk semakan status dan kemaskini sila rujuk dibawah.

SEMAKAN STATUS KEMASKINI & PERMOHONAN BARU STR

Untuk makluman umum, bermula 1 sehingga 31 Mac 2023 pihak kerajaan telah membuka laman untuk semakan kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan. Bagi bukan penerima STR juga kini sudah boleh membuat pendaftaran permohonan baru sebelum tarikh tutup.

Seluruh rakyat Malaysia disarankan membuat pengemaskinian maklumat STR sebelum tarikh pembayaran fasa berikutnya diumumkan bagi menerima bayaran berdasarkan maklumat terbaru. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, selain daripada bantuan tunai MySTR terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan golongan yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button