BANTUANi-Fitri

I-Fitri Tahun 2023 : Bantuan Sempena Aidilfitri

I-fitri tahun 2023 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang dilancarkan oleh kerajaan negeri sempena menyambut aidilfitri. Untuk makluman, pemberian bantuan i-fitri ini ditawarkan kepada rakyat yang berkelayakan memerlukan pada kadar RM300 secara one-off.

I-FITRI TAHUN 2023

Untuk sedia maklum, bantuan i-fitri tahun 2023 ini merupakan bantuan kewangan yang dibayar secara one-off (sekali bayar) sebelum menjelang bulan syawal. Pihak kerajaan negeri Terengganu telah memperkenalkan bantuan khas ini bagi membantu golongan b40 dan m40 untuk membuat persiapan hari raya.

Kepada penerima tahun lalu layak menerima bantuan ini dengan mengemaskini permohonan. Bagi bukan penerima tahun lalu boleh membuat permohonan baru pada tahun ini melalui sistem i-bantuan.

KADAR BANTUAN I-FITRI 2023

Pihak kerajaan negeri telah menyediakan kadar bantuan i-fitri ini seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM300 untuk 1 keluarga yang berkelayakan. Selain itu, bantuan i-perantau juga turut ditawarkan kepada warga negeri Terengganu yang menetap di luar negeri.

TARIKH BAYARAN BANTUAN I-FITRI

Bagi pemohon yang layak, anda akan menerima bayaran bantuan i-fitri sebanyak RM300 pada 17 April ini. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat seperti tahun lalu.

SYARAT KELAYAKAN UTAMA I-FITRI 2023

Berikut adalah syarat kelayakan utama i-fitri yang telah ditetapkan pada tahun ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu dan menetap di negeri Terengganu
  • Merupakan pengundi berdaftar
  • Pemohon adalah merupakan ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai ahli tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Maklumat perlu dikemaskini dalam sistem profil rakyat Terengganu (PRT20).

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk makluman umum, permohonan bantuan i-fitri tahun 2023 boleh dibuat mulai 19 Mac manakala bagi bantuan i-perantau bermula 6 April 2023. Untuk permohonan, sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan i-fitri ini, sila hubungi talian hotline negeri di – 011 5368 1120 atau 011 1526 5561.

INFO LANJUT

Selain bantuan i-fitri terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk kewangan telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button