Kenali Kemudahan I-SAYANG
I-SAYANG ialah merupakan sistem terbaru yang akan dipergunakan oleh pihak KWSP yang mana kemudahan sistem ini telahpun diperkenalkan tahun sebelum iaitu pada bulan November 2021.
Baru-baru ini, menurut pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir telah berkata bahawa I-Sayang adalah sebuah kemudahan simstem pemindahan sukarela sebanyak kira-kira 2 peratus caruman KWSP dari akaun suami kepada akaun isteri.
Justeru, Pihak KWSP akan teru lancarkan sistem kemudahan i- sayang ini pada awal tahun 2022 (suku pertama) ini adalah salah satu usaha dari pihak kwsp untuk meningkatkan kesejahteraan rakyak.
Secara tidak langsung kemudahan sistem i-sayang membolehkan secara sukarela pemindahan 2 peratus caruman KWSP dari akaun suami ke akaun isteri. Kemungkinan besar akan ada satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilakukan iaitu i-lindung . Kemudahan i-lindung ialah dapat membenarkan pengeluaran dari akaun dua untuk tujuan membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
Berapa Jumlah Pembayaran I-Sayang 2022?
Untuk sedia maklum kepada semua pencarum, kemudahan sistem i-sayang ialah seperti berikut:
- Semua jumlah bayaran caruman yang akan diberikan dari suami kepada isteri ialah sebanyak dua peratus
- Pemindahan caruman sukarela kepada akaun isteri dari akaun suami
- Pihak KWSP jugak menyokong 100% skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli pekerja boleh meminta kepada pihak majikan untuk tingkatkan caruman KWSP masing-masinglebih dari 11 peratus kadar berkanun.
Tarikh Pembayaran Kemudahan I-Sayang 2022
Kemudahan ini akan di lancaran pada suku pertama tahun 2022 (Januari – april) dan buat masa ini masih belum ada tarikh rasmi pembayaran akan dilakukan. Pihak kami akan terus kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan kemudahan I-Sayang kwsp ini.