Fasa 2FSA2KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Fasa 2 Untuk Bawah 40 Tahun

Pengeluaran KWSP Fasa 2 melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dibuka kepada ahli berumur 40 tahun dan kebawah. Selaku Ketua Pegawai Eksekutif KWSP iaitu Amir Hamzah Azizan, beliau telah memaklumkan kemudahan pembiayaan pengeluaran fasa kedua ini akan dilaksanakan tidak lama lagi.

PENGELUARAN KWSP FASA 2

Program pengeluaran KWSP menerusi pembiayaan fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) ini dilaksanakan secara dua fasa. Fasa 1 telah dilancarkan pada bulan April lalu, dimana permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 hingga 55 tahun.

Bagi pengeluaran kwsp fasa kedua bersyarat FSA2 ini, telah dimaklumkan oleh wakil KWSP bahawa ia akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan Ogos. Apa yang menarik adalah kemudahan pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP fasa 2 nanti, permohonan akan dibuka kepada pencarum berumur 40 tahun dan ke bawah.

Buat masa ini pihak KWSP sedang meneliti penambahan pilihan institusi bank selain BSN dan MBSB bagi terlibat dalam program kemudahan ini. Pihak mereka juga sedang meneliti mekanisme terbaik bagi memastikan kelancaran program tersebut berjalan lancar.

PENGELUARAN FSA2 KWSP FASA 1

Kepada yang terlepas pandang, bermula 7 April permohonan pembiayaan pengeluaran KWSP fasa 1 telah mula dibuka. Kemudahan ini adalah bertujuan membantu ahli bagi mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Buat masa ini hanya bank BSN dan MBSB yang terlibat dalam program ini. Bagi fasa pertama, hanya pencarum berumur 40 tahun keatas sahaja layak memohon.

Untuk rekod, sejumlah RM98.8 juta telah diluluskan bagi FSA2 KWSP fasa 1 setakat tarikh 11 Jun 2023. Bagi makluman, FSA2 telah dimohon oleh kira-kira 168,930 orang dan hanya 88,420 ahli sahaja yang layak.

Dari jumlah tersebut, seramai 47,700 orang yang bersetuju untuk menerima tawaran pembiayaan tersebut dari institusi kewangan.

SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pembiayaan pengeluaran KWSP melalui FSA2 ini, permohonan boleh dilakukan secara online. Sila semak kelayakan dan panduan daftar permohonan di laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain kemudahan ini, terdapat pelbagai kemudahan lain dan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang bakal ditawarkan kepada rakyat pada. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button