BANTUAN

Skim Bantuan NaDI RM5,000 Untuk Peniaga Baru

Skim bantuan NaDI ini adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan. Program Skim Niaga Darul Ehsan ini diperkenalkan bagi membantu golongan usahawan pemula perniagaan dari segi pembiayaan pinjaman sebanyak RM 5,000.

SKIM PEMBIAYAAN BANTUAN NADI

Menerusi skim bantuan NaDI ini, kepada usahawan baru yang layak akan berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan sehingga maksimum sebanyak RM5,000.

Dengan adanya skim pembiayaan ini, dapat memberi manfaat dan peluang bagi memajukan perniagaan khususnya kepada usahawan baru. Hal ini juga turut dapat mengembangkan serta mengukuhkan lagi sektor ekonomi dalam negara pada masa akan datang.

Jika anda terlepas pandang, terdapat pelbagai jenis inisiatif terutama bantuan berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan. Untuk semak senarai bantuan yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – DI SINI

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Skim ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu yang telah bermastatin menetap melebihi 5 tahun di negeri Selangor
  • Individu merupakan rakyat Negeri Selangor
  • Individu berumur 18 hingga 65 tahun pada waktu permohonan
  • Individu yang terdiri daripada wanita isi rumah
  • Pemohon bersetuju menubuhkan kumpulan
  • Perlaksanaan skim bantuan pinjaman ini adalah dalam bentuk kumpulan.

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi skim bantuan NaDI yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Caj perkhidmatan hanya dikenakan sebanyak 8 peratus
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 6 bulan bersamaan 25 minggu sehingga 3 tahun bersamaan 150 minggu
  • Pembiayaan pinjaman ini bermula daripada RM1,000 sehingga RM5,000.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan skim bantuan NaDI ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Panduan permohonan seperti dibawah:

  • Langkah pertama, sila layari portal rasmi Hijrah Selangor – KLIK DI SINI
  • Tekan bahagian ‘Create an Account’
  • Kemudian sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan dan tekan ‘Submit’
  • Seterusnya anda perlu lengkapakan maklumat permohonan yang diperlukan sehingga selesai.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi memudahkan proses semakan permohonan dilakukan, anda diminta sediakan dokumen penting seperti berikut:

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan dua keping gambar berukuran passport
  • Sediakan penyata akaun bank atau muka depan nombor akaun
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat kediaman pemohon (Sepeti bil air, telefon atau elektrik)

INFO LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan skim bantuan NaDI pembiayaan pinjaman ini. Sila hubungi talian khas pihak Hijrah Selangor – 03 5519 1692.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button