Bantuan Kewangan THDividen

Pengumuman Dividen Tabung Haji Dan Bantuan Kewangan Diperkenalkan

Berita yang di tunggu-tunggu ramai pihak akhirnya terjawab apabila Pihak Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Idris Ahmad baru-baru ini telah mengumumkan berian pendapatan Dividen Zakat Tabung Haji sebanyak 3.1 peratus pada kali ini.

Untuk makluman semua, agihan pendapatan kewangan bagi tahun 2021 ini akan memberikan banyak manfaat kepada lebih kurang kira-kira 8.4 Juta pendeposit Tabung Haji dengan jumlah keuntungan yang bakal diagihkan ialah RM 219 juta lebih tinggi dan meningkat sebanyak 2.9 peratus berbanding RM 2.24 billion bagi kewangan tahun sebelum iaitu 2020.

Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, kadar berkenaan telah mengambil kira peruntukan zakat bernilai lebih kurang RM 107 juta yang akan dilunaskan untuk semua majlis agama islam negeri bagi pihak pendeposit Tabung Haji.

Tambahan, agihan keuntungan ini adlah lebih kompetetif kerana ia mengambil kira faktor kadar lebih tinggi daripada purata kadar pendeposit tetap di perbankkan islam bagi tempoh 1 tahun / 12 bulan iaitu sebanyak 2.36 peratus.

Bakal Diperkenalkan Bantuan Kewangan Tabung Haji

Baru-baru ini pada tanggal 14 Februari 2022 Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad telah berkata Bantuan Berbentuk kewangan Tabung Haji bagi jemaah yang bakal mengejakan ibadah pada tahun ini akan di umumkan. Pengumuman akan dibuat selepas Pihak kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang diperlukan.

Perlu disemak berikutan tindakan pihak kerajaan Arab Saudi telah menaikan cukai nilai tambah (VAT) dari sebelum ini 5 peratus kepada 15 peratus tahun ini dan juga bilik penginapan yang dahulu boleh diduduki kira-kira 7 ke 8 orang jemaah tetapi mungkin akan dikurangkan disebabkan keadaan pendemik sekarang yang sedang melanda.

Tambahannya, pihak Kerajaan hanya boleh memuktamadkan pengumuman Bantuan Kewangan haji dan kos keseluruhan mengerjakan haji selepas pihak kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos terlibat yang diperlukan.

Jika anda ingin mengetahui lebih maklumat berkenaan Tabung Haji, boleh layari pautan rasmi Tabung Haji – DI SINI

Maklumat Tambahan Senarai Bantuan Kewangan Tahun 2022

Kepada anda yang sedang sibuk dan terlepas pandang berkenaan senarai bantuan yang telah diumumkan pada tahun 2022, pihak kami telah sediakan Laman utama berkenaan senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan pada tahun ini – KLIK DISINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button