BANTUANKerajaanPenghargaan

Bantuan Kewangan RM300 Telah Mula Dibayar : Semak Sekarang

Bantuan kewangan RM300 dan RM200 telah mula dibayar secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima. Untuk makluman, pemberian bantuan khas penghargaan ini mula diberikan secara berperingkat pada 10 Ogos 2023.

BANTUAN KEWANGAN KHAS PENGHARGAAN

Atas dasar keprihatinan kerajaan, satu lagi inisiatif khas ditawarkan iaitu bantuan kewangan RM300 dan RM200 yang diberikan kepada mereka yang layak. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan bantuan khas penghargaan ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi Madani.

Dengan adanya insentif khas ini dapat meringankan beban rakyat yang terlibat dan membantu dari segi kewangan. Bantuan ini diberikan secara automatik tanpa perlu mohon, antara kategori yang layak menerima bantuan khas ini adalah seperti di bawah.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KEWANGAN RM300

Untuk makluman, melalui bantuan khas penghargaan ini pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif kewangan berjumlah RM300 dan RM200. Senarai penerima yang layak terima bantuan ini adalah seperti berikut :

  • RM300 – Pegawan perkhidmatan awam persekutuan Gred 56 dan kebawah yang dilantik secara tetap dan lantikan kontrak
  • RM200 – Pesara kerajaan (Pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara skim KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen dan tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN

Berdasarkan maklumat rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian bantuan khas ini akan mula dibayar secara berperingkat pada tarikh :

  • 10 Ogos 2023 (Khasmis)

Kaedah pembayaran bantuan khas penghargaan ini adalah secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima yang berkelayakan. Terdiri daripada golongan pesara kerajaan dan penjawat awam.

BANTUAN EDOMPET

Satu lagi bantuan yang disediakan dan masih boleh dituntut secara percuma pada bulan Ogos ini iaitu bantuan edompet. Inisiatif kredit etunai eBelia Rahmah berjumlah RM200 masih ditawarkan kepada golongan belia.

Kredit e-tunai ini masih boleh ditebus sebelum tarikh tutup pada 22 Ogos 2023. Kepada mereka yang berkelayakan dan masih belum claim, sila tuntut secara online.

Cara daftar dan tuntut bantuan kredit RM200 ini telah disediakan, untuk tuntutan sila ke laman rasmi eBelia Rahmah – SEMAK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada suku akhir tahun 2023 ini masih terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan yang ditawarkan kerajaan khusus meringankan beban golongan B40 dan miskin.

Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan pada tahun ini – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button